• Semasa

    Koleksi Resepi Khairulaming Mudah dan Sedap





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Koleksi Resepi Khairulaming Mudah dan Sedap

     Siapa tak kenal dengan Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, seorang selebriti masakan yang memang popular di Instagram.  Namanya sering kali disebut-sebut lebih-lebih lagi sejak dia mengeluarkan produknya yang tersendiri iaitu ‘Sambal Nyet’. Laku keras sambal yang dijual oleh Khairul Aming sehinggakan ramai yang kecewa kerana ia kerap sold out. Mana tidaknya, sambal tersebut terjual sebanyak 10,000 botol dalam hanya 54 minit pada hari pertama ia ditawarkan di Shopee.

    Tahun ini juga merupakan tahun keempat Khairul Aming menyajikan content masakan di Instagram pada bulan Ramadan yang berkonsepkan 30 hari 30 resepi.

    Koleksi Resepi Khairulaming Mudah dan Sedap

    Koleksi Resepi Khairulaming Mudah dan Sedap

    3 tahun yang lalu, idea ini dilakar oleh Khairul Aming  kerana dia hanya ingin berkongsikan resepi bersama rakan-rakan dan pengikutnya di Instagram. Hal ini adalah kerana, setiap kali Ramadan ramai yang kekeringan idea untuk memasak. Oleh itu, Khairul Aming melunaskan fikirannya bagi membantu mereka. Konsep yang dibawanya mudah, 1 hari 1 resepi. Tak perlu pening-pening, ikut saja menu yang disediakan sepanjang sebulan berpuasa.

    Resepi Mudah Khairulaming

    Kini, Ramadan pun dah bermula, maka perjalanan 30 hari 30 resepi pun turut bermula. Khairul Aming menerusi laman Instagram miliknya berkongsikan satu trailer baru-baru ini. Trailer tersebut menandakan permulaan perjalanan sebulan bersama Khairul Aming.

    Menerusi ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa teruja. Malah, ramai juga yang memuji video yang dimutnaik itu. “Gempak, seperti intro movie” 

    Trailer pun dah gempak apatah lagi video masakkannya, pasti mengiurkan. Walaupun berpuasa di mana kita perlu menahan rasa lapar dan dahaga, wargamaya tetap ingin melihat video-video masakan Khairul Aming.

    Resepi dah ada untuk 30 hari, tinggal nak ikut dan masak sahaja. Semoga bulan Ramadan tahun ini dipermudahkan buat kita semua.

    Sumber: Khairul Aming / Koleksi Resepi Khairulaming Mudah dan Sedap

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad