• Semasa

    Kadar Zakat Fitrah 2022 Setiap Negeri Dan Saluran Pembayaran Online





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Berikut dikongsikan kadar zakat fitrah untuk setiap negeri di Malaysia dan Singapura bagi tahun 2022 Masihi / 1443 Hijrah. Dikongsikan saluran-saluran pembayaran zakat fitrah secara online dan melalui aplikasi mobile. Kadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri (bagi Malaysia) berdasarkan nilai satu gantang Baghdad beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Islam negeri masing-masing.

    Bayaran zakat fitrah boleh dibuat di sepanjang bulan Ramadhan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Aidil Fitri di pagi 1 Syawal. Zakat fitrah hendaklah dibayar kepada amil fitrah yang dilantik atau dibayar terus ke Majlis Agama Islam Negeri masing-masing samada bayar di kaunter, secara online atau melalui aplikasi telefon bimbit.

    Kadar Zakat Fitrah Dan Kaedah Pembayaran Online

    Berikut adalah senarai kadar zakat fitrah untuk semua negeri bagi tahun 2022M/1443H. Disertakan juga senarai saluran pembayaran secara dalam talian dan aplikasi mobile. Kadar zakat fitrah bagi setiap negeri akan dikemaskini sebaik ia diumumkan oleh Majlis Agama Islam masing-masing.

    MalaysiaTercinta.com
    Negeri Kadar Saluran Pembayaran
    Kelantan

    RM7.00
    (Bagaimanapun pembayaran mengikut kadar RM14 atau RM21 menurut harga beras yang dimakan adalah digalakkan)

    • Amil
    • Laman e-Zakat payment MAIK https://zakat.e-maik.my/ (FPX, JomPAY, Kad Kredit)
    • Perbankan internet (16 bank)
    • Aplikasi Tulus
    • SMS
    Terengganu RM7.00
    • Amil
    • Perbankan internet (7 bank)
    • Aplikasi SnapNPay
    Pahang RM7.00
    Perlis RM7.00
    • Amil
    • Perbankan internet (BIMB, Maybank, CIMB)
    • Aplikasi SnapNPay
    Kedah RM7.00, RM14.00 & RM21.00
    Pulau Pinang RM7.00, RM13.00 & RM20.00
    • Amil
    • Aplikasi SnapNPay
    • JomPAY
    • QR Code
    • Aplikasi GoPayZ
    • FPX
    Perak RM7.00, RM14.00 & RM21.00
    Selangor RM7.00, RM14.00 & RM21.00
    • Amil
    • Portal eZakatPay https://fpx.zakatselangor.com.my/ (FPX)
    • Aplikasi e-dompet GoPayZ
    • Aplikasi e-dompet Boost
    • Perbankan internet (9 bank)
    • Portal MyEG
    • Pos Online
    • Aplikasi Boost
    Negeri Sembilan RM7.00, RM10.00 & RM21.00
    • Portal Pembayaran Zakat melalui www.zakatns2u.biz
    • Aplikasi ZakatN9
    • Portal MyEG
    • Aplikasi SnapNPay
    • JomPAY
    Melaka RM7.00, RM14.00 & RM21.00
    • Amil
    • Laman sesawang izakat.com
    • QRPay DuitNow
    • Portal MyEG
    Johor RM7.00 & RM10.00
    Sabah RM7.00
    • Amil
    • Perbankan internet
    • Portal MyEG
    • Aplikasi SnapNPay
    • JomPAY
    Sarawak RM7.00
    • Amil
    • Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek)
    • Maybank2U
    • Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak
    • Sarawak Pay
    • Portal MyEG
    • Aplikasi SnapNPay
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan RM7.00, RM14.00 & RM21.00
    • Amil
    • Kaunter PPZ-MAIWP
    • ePay MAIWP
    • Perbankan internet (14 buah bank)
    • PayHalal
    • Aplikasi e-wallet Boost
    • Aplikasi SnapNPay
    • Pos Online

    Bagi negeri-negeri yang menetapkan lebih dari satu kadar zakat fitrah, kadar zakat hendaklah dipilih berdasarkan jenis/harga beras yang menjadi makanan harian sipembayar zakat dan keluarga, contohnya:

    • RM5.00 – Beras Super Tempatan (10-15% hancur)
    • RM7.00 – Beras Super Spesial Tempatan (5% hancur)
    • RM14.00 – Beras Super Import/Beras Perang/Beras Pulut/Herba Ponni/Beras Wangi
    • RM21.00 – Beras Basmathi/Beras Jepun/Beras Merah

    Kadar zakat fitrah negeri Kelantan Terengganu Pahang Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Sarawak Sabah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya Labuan Malaysia Singapura Singapore tahun 2022 1443 hijrah

    Kadar Zakat Fitrah 2022 Bagi Singapura

    Penetapan kadar zakat fitrah Singapura dibuat oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) berdasarkan harga 2.3kg beras gred biasa dan beras gred tinggi.

    Kadar zakat fitrah Singapura bagi tahun 2022/1443H ialah S$5.10 (kadar biasa) dan S$7.60 (kadar tinggi) seorang.

    Zakat fitrah Singapura boleh dibayar menerusi laman web Zakat Singapore (www.zakat.sg) menggunakan PayNow atau Debit Card; DBS, POSB, aplikasi PayLah; CIMB Clicks; stesen AXS, aplikasi AXS m-Station dan melalui AXS e-Station.

    Semoga info kadar bayaran zakat fitrah negeri-negeri di Malaysia dan Singapura ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Sila share. Kadar Zakat Fitrah 2022 Setiap Negeri Dan Saluran Pembayaran

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad