Cara Daftar & Semak i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah
Cara Daftar & Semak i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah
Suri rumah adalah secara istilahnya ialah golongan para ibu dan mak-mak yang tidak bekerja di luar tetapi membanting tulang dirumah dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga, Maka itu, mengikut logik sudah tentu mereka tidak mempunyai sumber pendapatan lain melainkan sang suami yang menghulurkan nafkah dan sebagai tangunggjawab demi peruntukkan belanja di rumah.
Oleh disebabkan itu, kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan i-Suri KWSP untuk membantu para suri rumah supaya mempunyai wang simpanan demi masa depan mereka atau di masa tua mereka.
Cara Daftar & Semak i-SURI KWSP Untuk Suri Rumah
Pelbagai faedah akan dinikmati melalui skim i-Suri dari KWSP ini. Antaranya dapat menabung dan juga dapat menikmati pelbagai dividen tahunan.
Apakah itu iSuri KWSP?
Menurut pihak KWSP, i-Suri merupakan produk dari KWSP yang telah diperkenalkan supaya selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.
I-suri juga bertujuan untuk membantu para wanita yang tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa dan menjamin masa depan mereka. Banyak faedah yang mereka akan dapat melalui pendaftaran i-suri ini. Akan tetapi terdapat beberapa syarat yang dikeluarkan oleh KWSP.
Manfaat i-Suri
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 pada setiap tahun.
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian: RM2,500
Apakah Syarat Kelayakkan I-Suri ?
- Warganegara Malaysia.
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).
*Info Penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.
Siapa Yang Boleh Mencarum?
- Diri sendiri (isteri)
- Suami kepada pasangan yang layak
Bagaimana Cara Permohonan i-Suri?
Jika anda adalah individu yang layak, sila buat permohonan atau pendaftaran ahli KWSP/i-Suri di mana-mana kaunter KWSP berdekatan dengan dokumen tersebut:
Mykad
Borang
- i-Suri : KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- i-Suri : KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Berapa Jumlah Akan Diprolehi?
- Sebanyak RM480 setahun.
Had Bayaran
Had bayaran ni seperti berapa minimum dan maksimum had bayaran jika anda daftar dalam i-suri
- Minimum (RM sahaja): Tiada had
- Maksimum (RM sahaja): RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Manfaat Caruman Sukarela
- Dapat dividen tahunan
- Dapat Bantuan Hilang Upaya
- Dapat Bantuan Kematian
- Pengeluaran Simpanan
- Insentif Kerajaan
*Manfaat jika anda ahli KWSP – dapat menikmati dividen tahunan, dan layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan insentif kerajaan sebanyak RM480 setahun
Saluran Pembayaran Caruman
- Perbankan Elektronik : Pemindahan wang secara elektronik seperti Maybank, PB, RHB Bank, Bank Muamalat, Cimb Bank
- Kaunter Ejen Bank : Tunai/Cek seperti di BSN, Maybank, PB, dan RHB Bank
- Ejen Bank Berdaftar : Ejen Bank (EB) BSN
- Kaunter KWSP : Tunai (Maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar
Maklumat Lanjut
Berkenaan I- Suri
- Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Suri Boleh Layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)
Berkenaan Kelayakan Insentif i-Suri
- Untuk maklumat berkenaan kelayakan insentif, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (03-80008000)
No comments