• Semasa

    Semak No Akaun Bil Air Selangor (Check & Bayar Online)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Semak No Akaun Bil Air Selangor (Check & Bayar Online)


    Anda orang Selangor dan ingin tahu cara semak no akaun bil Air Selangor anda? Mudah sahaja, mari kami tunjukkan. Sebelum itu, anda sudah tahu yang Air Selangor atau SYABAS sudah mengeluarkan aplikasi? Sekarang anda boleh memantau serta menyemak bil dan membuat pembayaran bil di aplikasi Air Selangor.

    Semak no akaun bil Air Selangor

    Dengan aplikasi ini juga, anda boleh membuat penukaran hak milik akaun secara online dan yang paling penting, anda boleh tahu di mana kawasan yang terjejas bekalan air dengan lebih senang.

    Cara semak no akaun bil Air Selangor

    Untuk menyemak no akaun, apa yang anda perlukan hanyalah bil air anda. Di situ tertera no akaun anda. Tapi macam mana kalau bil anda hilang? Apa yang perlu dibuat senang sahaja.

    Hubungi pihak Air selangor di talian 15300 atau hantarkan private message kepada mereka di facebook Air Selangor. Hantarkan masalah anda bersama no meter, alamat penuh dan no kad pengenalan pemilik akaun. Mereka akan membantu memberikan no akaun anda. Mudah sahaja.

     

    Cara daftar aplikasi Air Selangor

    Sekarang dah ada no akaun, lagi senang jika anda ada aplikasi Air Selangor kan? Berikut ialah langkah-langkah untuk mendaftar aplikasi Air Selangor:

    1. Muat turun aplikasi Air Selangor di Google Playstore atau App Store.
    2. Tick I Agree.
    3. Masukkan butiran yang diperlukan iaitu:
      • Nama penuh
      • Email
      • Nombor telefon
      • Nombor kad pengenalan
    4. Masukkan kata laluan anda.
    5. Tekan Sign Up.
    6. Kod pengesahan akan dihantar pada nombor telefon yang didaftar. Masukkan kod pengesahan tersebut pada ruang yang disediakan.

    Selesai. Anda telah mempunyai akaun Air Selangor.

     

    Cara bayar bil Air Selangor online

    Terdapat beberapa cara untuk membayar bil air anda secara online. Anda boleh bayar menggunakan aplikasi Air Selangor, Air Selangor Customer Portal dan melalui email e-bil.

    Kami akan kongsikan cara bayar bil air anda menggunakan aplikasi Air Selangor. Berikut adalah langkah-langkahnya:

    1. Login aplikasi bil air Selangor dengan memasukkan email dan kata laluan yang telah didaftar.
    2. Tekan Bill Payment.
    3. Masukkan no akaun bil air anda.
    4. Pilih bank untuk membuat pembayaran.
    5. Masukkan email anda pada Send Receipt To.
    6. Tekan Confirm.
    7. Online banking anda akan terpapar.
    8. Masukkan kod MSOS untuk mengesahkan proses pembayaran.
    9. Proses pembayaran akan dijalankan.
    10. Pembayaran selesai.

    Selain itu, anda juga boleh membayar bil air anda di Pos Malaysia, stesen petrol terpilih dan kedai serbaneka 7-Eleven yang terpilih.

     

    Cara bayar bil Air Selangor melalui JomPay

    Pembayaran bil air melalui JomPay juga mudah. Berikut adalah langkah-langkahnya:

    1. Login ke akaun bank anda.
    2. Tekan Pay.
    3. Tekan pada JomPay dan masukkan biller code iaitu 4200.
    4. Pada Ref 1, masukkan no akaun bil air anda.
    5. Masukkan no TAC yang dihantar pada akaun anda. Anda sudah membuat pembayaran bil air anda.

     

    Akhir kata

    Sekarang anda sudah tahu cara semak no akaun bil Air Selangor, cara daftar dan membuat pembayaran di Air Selangor. Semoga perkongsian daripada kami bermanfaat.

    Selain bil air, bil elektrik juga merupakan salah satu bil yang penting kita kena bayar. Kami ada kongsikan cara bayar bil elektrik online untuk anda. Semak No Akaun Bil Air Selangor (Check & Bayar Online)

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad