• Semasa

    Cara Tukar Nombor Telefon TAC CIMB Clicks di ATM





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Cara Tukar Nombor Telefon TAC CIMB Clicks di ATM

     Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC CIMB Clicks kini boleh dilakukan dengan menggunakan mesin ATM CIMB atau menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB. Halaman ini menyediakan panduan mengemaskini atau menukar nombor telefon TAC CIMB Clicks untuk rujukan semua.

    Tukar Nombor Telefon TAC CIMB


    Cara Tukar Nombor Telefon TAC CIMB Clicks di ATM

    1. Pergi ke mesin ATM CIMB terdekat.
    2. Masukkan kad ATM CIMB anda bersama nombor PIN.
    3. Pilih menu LAIN-LAIN (OTHERS).
    4. Pilih CIMB Clicks.
    5. Masukkan nombor telefon baru anda. Semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah. Kemudian, tekan butang TERUSKAN (PROCEED).
    6. Selesai.
    7. Dapatkan resit / slip menyatakan pendaftaran TAC anda berjaya.

    Langkah seterusnya adalah:

    1. Buka laman CIMBClicks.
    2. Masukkan ID pengguna bersama kata laluan (password) untuk log masuk (login).
    3. Pilih menu Setting.
    4. Tekan butang pensil (Edit) pada bahagian Nombor Telefon (Phone Number).
    5. Masukkan nombor telefon baru anda dan tekan butang simpan (Save).
    6. Tekan Minta TAC (Request TAC) untuk mendapatkan kod pengesahan untuk proses penukaran nombor telefon anda.
    7. Masukkan kod pengesahan yang diterima pada nombor telefon baru anda dan tekan butang sahkan (Confirm).
    8. Selesai.
    Telefon TAC CIMB Clicks
    Panduan Mengemaskini Nombor Telefon TAC CIMB Clicks

    Hubungi Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB

    Sebelum menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB, anda perlu menyediakan dokumen seperti nombor telefon baru, kad pengenalan diri, buku simpanan CIMB anda, dan kad ATM CIMB. Kemudian, hubungi Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB di talian +603 6204 7788. Langkah menghubungi adalah seperti berikut:

    1. Pilih Bahasa.
    2. Pilih 0 untuk bercakap dengan pegawai Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB.
    3. Tekan 1 : Perbankan.
    4. Tekan 1 : Individu.
    5. Tekan 1 : Masukkan nombor kad pengenalan.
    6. Tekan 0
    7. Tekan 3 : CIMB Clicks.
    8. Pegawai Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB akan membantu mengemaskini nombor telefon CIMB Clicks anda.
    9. Selesai.

    Cara Tukar Nombor Telefon TAC CIMB Clicks di ATM

    Untuk makluman anda semua, panduan mengemaskini nombor telefon TAC CIMB Clicks adalah sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan Penukaran Nombor Telefon TAC CIMB Clicks, anda semua disarankan untuk pergi terus ke cawangan CIMB yang berhampiran atau mendapatkan maklumat melalui portal rasmi CIMB Clicks

    Untuk panduan seterusnya, kami telah menyediakan panduan Cara Tukar Nombor Telefon TAC CIMB Clicks di ATM untuk rujukan semua.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad