• Semasa

    Cara Daftar i-Akaun KWSP (Register Online di secure.kwsp.gov.my)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Cara Daftar i-Akaun KWSP (Register Online di secure.kwsp.gov.my). Sebelum melakukan pengeluaran KWSP yang dibenarkan kerajaan seperti i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan yang terbaru i-Ceria, kami sarankan anda membuka dahulu i-Akaun. Cara daftar i-Akaun KWSP ini mudah sahaja. Cuma nasihat kami, pastikan anda sediakan maklumat-maklumat penting sebelum buat pendaftaran.

    Cara daftar i-Akaun KWSP online

    Apa syarat pendaftaran i-Akaun KWSP?

    Untuk melayakkan dan membolehkan anda mendaftar i-Akaun, anda perlu memenuhi kriteria di bawah:

    1. Anda ialah seorang pencarum KWSP
    2. Anda mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
    3. Anda mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
    4. Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah

     

    Perlu kemaskini nombor telefon sebelum daftar i-Akaun KWSP?

    Ya, ini adalah perkara yang sangat penting. Untuk makluman, nombor telefon yang anda simpan dalam sistem KWSP mestilah yang masih aktif dan boleh dihubungi. Ini kerana kata laluan sementara dan kod TAC akan dihantar ke nombor telefon ini. Jika tidak, anda akan mengalami masalah besar dalam mengaktfikan i-Akaun KWSP.

    Cara Daftar i-Akaun KWSP (Register Online di secure.kwsp.gov.my)

    Untuk mendaftar atau mengemaskini nombor telefon yang baru, sila ikuti beberapa pilihan berikut:

    1. Pergi ke mana-mana kaunter KWSP
    2. Pergi ke mana-mana kiosk KWSP
    3. Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000
    4. Talian ini hanya aktif dari hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

    Sekali lagi, pastikan nombor telefon lama tidak lagi aktif dikemaskini dengan nombor terbaru. Menurut pembacaan kami, tidak ada pengemaskinian nombor telefon KWSP secara online.

     

    Daftar i Akaun KWSP secara online

    1. Setelah dapat kata laluan sementara melalui SMS, pergi ke mana-mana komputer yang disediakan untuk ahli KWSP secara percuma
    2. Jika tidak, anda juga boleh buat sendiri di rumah
    3. Cuma jika buat di KWSP, anda boleh minta bantuan jika ada masalah
    4. Sila layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
    5. Isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan.
    6. Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk.
    7. Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tanda pada kotak “checkbox” dan klik Seterusnya.
    8. Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna.
    9. ID Pengguna yang baharu adalah gabungan alphanumeric 8-16 digit. (Contoh: sayang1234)
    10. Sila ambil perhatian, ID Pengguna boleh diubah sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan
    11. Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan nombor dan abjad 8 – 20 digit serta masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan. (Contoh : SayaSayangAwak12345)
    12. Pilih Imej Online.
    13. Sila isi Frasa Rahsia atau Secret Phrase dengan panjang maksimum 10 aksara
    14. Klik Seterusnya.
    15. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
    16. Ahli boleh terus login ke i-Akaun KWSP

     

    Akhir kata

    Mudah sahaja cara daftar i-Akaun KWSP ini bukan?

    Walaupun nampak mudah, kami sarankan agar anda jangan berlengah lagi. Cepat-cepat daftar i-Akaun KWSP ini secepat mungkin kerana ia akan memudahkan urusan pengeluaran wang pada masa akan datang.

    Bukan setakat pengeluaran duit sahaja, dengan i-Akaun KWSP ini juga, anda boleh semak penyata KWSP untuk melihat berapa baki yang tinggal. Cara Daftar i-Akaun KWSP (Register Online di secure.kwsp.gov.my)

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad