• Semasa

    Senarai Produk Halal Jakim 2022: Semak Status Halal





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Senarai Produk Halal Jakim 2022: Semak Status. Mencari yang halal adalah wajib bagi setiap individu Muslim.

    Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman (al-Maidah: 88).

    Sekarang ini sudah tiada alasan untuk anda tersilap menggunakan produk yang tidak halal di Malaysia. Ini kerana anda boleh mengenal pasti barangan halal berpandukan logo halal, dan menyemak untuk mengesahkan samada sesuatu produk itu telah mendapat sijil halal JAKIM, secara online.

    Senarai Produk Halal Jakim 2022: Semak Status Halal

    produk halal JAKIM

    Logo Halal JAKIM merupakan satu-satunya logo halal yang diiktiraf di Malaysia

    Semakan boleh dibuat dengan melayari Direktori Halal Malaysia di Portal Rasmi Halal Malaysia. Laman ini menyenaraikan syarikat dan produk yang mempunyai sijil halal JAKIM.

    Senarai boleh dibahagikan mengikut negeri dan juga kategori-kategori berikut - Syarikat, Hotel & Resort, Premis Makanan, Menu Makanan, Produk, Kosmetik, Farmaseutikal, Barang Gunaan, Rumah Sembelihan, Logistik dan International.

    Semakan Status HALAL Online

    Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan status halal ke atas produk atau syarikat dalam negara:

    1. Layari Direktori Halal Malaysia di pautan:

      http://www.halal.gov.my/v4/index.php

      semakan status halal JAKIM

    2. Masukkan katakunci ke dalam kotak maklumat carian “Semak Status Halal” dan tekan Enter. (Dalam gambar di atas kami membuat semakan kata kunci "follow me").

      Hasil carian akan diasingkan mengikut Kategori/Skim. Bilangan hasil carian (jika ada) akan dipaparkan di sebelah kanan setiap kategori.

    3. Anda boleh mengecilkan skop carian kepada sesebuah negeri atau kategori. Sila klik pada menu dropdown Negeri dan Kategori. (Kami memilih kategori "Kosmetik Dan Dandanan Diri").
    4. bilangan hasil carian semakan halal JAKIM

    5. Klik pada kategori yang ada memaparkan bilangan hasil carian untuk melihat senarai hasil carian dalam kategori tersebut. Hasil carian akan menyenaraikan Nama Produk, Jenama & Syarikat, Tarikh Luput Sijil Halal, dan pautan kepada maklumat terperinci syarikat dan pensijilan.
    6. senarai hasil carian semakan halal JAKIM

    Untuk produk yang diimport dari luar negara yang tidak tersenarai, sila pastikan logo halal yang digunakan adalah logo Halal yang diiktiraf JAKIM.

    Semoga maklumat semakan halal ini berguna untuk semua pembaca Muslim. Senarai Produk Halal Jakim 2022: Semak Status

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad