'Ya Allah, isteri ku...'. “MANA isteri saya, macam mana kejadian ini boleh berlaku,” kata Mohd Fakrul Razi Awang Salleh, mangsa kemalangan di Kilometer 324.7, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2, dekat Kerteh, yang turut meragut nyawa isterinya, Rohana Zaini.
Mohd Fakrul yang ketika itu sedang dibawa keluar anggota bomba akibat tersepit di tempat duduk pemandu, tidak menyedari isterinya tercampak keluar dari kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sebaik dibawa keluar dan dibawa di atas pengusung oleh kakitangan perubatan menuju ke ambulans, Mohd Fakrul terlihat jasad isterinya di atas jalan raya.
“Berhenti sekejap, ya Allah isteri ku, saya nak lihat jenazah isteri saya seketika kerana selepas ini saya tak dapat lagi melihatnya,” katanya kepada kakitangan perubatan.
Dalam nahas 7 pagi hari ini, Mohd Fakrul, 25, bersama isterinya, 37, dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke Kuala Lumpur.
Dia yang memandu kereta Proton Wira dipercayai terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya sebelum keretanya berpusing sehingga menyebabkan isterinya tercampak keluar.
“Saya dalam perjalanan dari kampung saya di Kuala Nerus untuk balik ke Kampung isteri di Teluk Gong Klang, Selangor.
“Saya tak tahu bagaimana kemalangan terjadi, namun sebaik sedar saya dapati kami terbabit kemalangan dan isteri saya tiada di dalam kereta... rupanya dia tercampak keluar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Said Ibrahim berkata, Mohd Fakrul yang cedera di kepala dan kaki kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.
Katanya, isteri mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazahnya dibawa ke Bilik Forensik Hospital yang sama untuk siasatan lanjut.
“Kita percaya ketika kejadian, mangsa duduk di bahagian belakang tempat duduk pemandu sebelum tercampak keluar kira-kira 10 meter ke tengah lebuh raya.
“Kejadian itu disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. - myMetro
'Ya Allah, isteri ku...'

No comments