• Semasa

    Suspek mandikan mangsa pada hari kejadian





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Suspek mandikan mangsa pada hari kejadian. KAJANG -  Suspek bagi kes bayi perempuan berusia 11 bulan yang maut akibat didera secara seksual didapati telah memandikan mangsa pada pagi hari kejadian.


    Suspek mandikan mangsa pada hari kejadian


    Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner  Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pendedahan berkenaan dibuat suspek yang juga suami kepada pengasuh bayi itu kepada pihak polis hari ini.


    “Sebelum ini, suspek tidak mengaku dia uruskan bayi ini, namun perkembangan hari ini dia mula dedahkan telah mandikan dan salin pakaian bayi tersebut. Setakat itu sahaja, suspek tidak nyatakan dia telah buat perkara tidak elok kepada mangsa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

    Beliau berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dari semua sudut termasuk memanggil anggota keluarga mangsa dan majikan suspek berkenaan untuk membantu siasatan.

    “Beberapa individu lagi akan turut dipanggil dan kita juga akan menyiasat sama ada suspek yang positif Methaphetamine mempunyai masalah mental atau tidak.

    “Tempoh reman pengasuh bayi yang berakhir hari ini dan reman suspek berakhir esok akan disambung selain kes akan ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan berbanding sebelum ini yang disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2002,” katanya.

    Media sebelum ini melaporkan, bayi perempuan berkenaan Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal, meninggal dunia pada kira-kira 10.30 pagi Jumaat, selepas dua hari dilaporkan kritikal di Hospital Serdang dekat sini.

    Hasil bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan objek tumpul di kepala hingga tempurung bayi pecah.

    Pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati ada kesan koyakan baru pada selaput dara mangsa dan dubur mangsa juga mengalami koyakan.- Bernama

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad