Sultanah Nur Zahirah saman Clare, dua lagi pihak
Sultanah Nur Zahirah saman Clare, dua lagi pihak. SULTANAH Terengganu, Sultanah Nur Zahirah sudah memfailkan saman terhadap pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan dua lagi berhubung dakwaan fitnah terhadap Terengganu Investment Authority (TIA) dan Low Taek Jho.
Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Mohd Haaziq Abdullah yang mewakili Sultanah Nur Zahirah ketika sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya, hari ini.
“Selepas melalui beberapa perbincangan hampir dua bulan, tiada persetujuan dicapai untuk penyelesaian. Kami ada mendapat tawaran penyelesaian bagaimanapun tidak mengikut terma dikemukakan.
“Kami mendapat titah daripada Istana malam tadi untuk meneruskan saman fitnah terhadap ketiga-tiga pihak. Oleh itu kami memfailkan saman fitnah itu melalui sistem e-pemfailan pada 2 petang hari ini,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, butiran penuh berhubung saman itu tidak dapat didedahkan kepada umum.
“Tuntutan dan writ berdasarkan surat tuntutan kami sebelum ini.
“Semua butiran akan didedahkan apabila disebut di mahkamah kelak,” katanya.
Turut serta adalah peguam, Mohd Hilmi Sarbini dan SAK Vishu Kumar.
Terdahulu, Mohd Haaziq memaklumkan pihaknya dikejutkan dengan kandungan buku The Sarawak Report edisi pertama dan kedua yang berbeza.
“Kami hanya memberi tumpuan kepada muka surat tiga buku itu yang mempunyai kenyataan bersifat fitnah.
“Buku edisi pertama menyatakan ia membabitkan Sultanah Nur Zahirah manakala edisi kedua pula menyatakan ia membabitkan adinda Sultan Terengganu. Pihak kami akan mengemukakan perkara ini di mahkamah nanti,” katanya.
Pengurusan kes sudah ditetapkan pada 19 Disember ini di hadapan Timbalan Pendaftar K Pavani.
Sultanah Nur Zahirah sebagai plaintif menamakan Clare, penerbit tempatan Gerakbudaya Enterprise dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd sebagai defendan.
Pada 29 September lalu, surat tuntutan sudah dikemukakan terhadap ketiga-tiga pihak itu.
Ia bagi tuntutan ganti rugi RM100 juta daripada setiap pihak, permohonan maaf, penarikan balik yang jelas secara bertulis dan didedahkan kepada awam perlu dibuat.
Clare didakwa membuat kenyataan memfitnah di dalam buku The Sarawak Report: The Inside Story of The 1MDB Expose yang mengaitkan Sultanah Terengganu dengan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho serta skandal 1MDB.
Buku itu didakwa menceritakan kisah di sebalik siasatan skandal 1MDB oleh Clare yang dilancarkan pada 8 September lalu. - myMetro

No comments