• Semasa

    Ratah anak tiri konon buang saka





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Ratah anak tiri konon buang saka. MAHU membuang saka menjadi alasan seorang peniaga atas talian merogol anak tirinya berusia 16 tahun di kuarters kerajaan di Kuala Perlis, bulan lalu.


    Ratah anak tiri konon buang saka


    Dalam kejadian 25 Oktober lalu, suspek berusia 34 tahun mengajak mangsa keluar ke bank untuk mengeluarkan wang pada 1 pagi.

    Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata ketika di dalam kereta, suspek mendakwa ada benda halus mengikuti mangsa dan ‘makhluk’ itu hanya boleh dibuang dengan melakukan hubungan seks.

    “Mangsa yang mempercayai kata-kata bapa tirinya itu hanya menurut sahaja kerana khuatir saka berkenaan mengganggu dirinya.

    “Suspek kemudian membawa mangsa ke kuarters kerajaan di Kuala Perlis dan merogolnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Wari berkata, suspek kemudian sekali lagi merogol anak tirinya di rumah mereka di Taman Suria, Kangar pada 26 Oktober lalu, sebelum mangsa membuat laporan polis semalam.

    “Suspek ditahan petang semalam sebelum direman tujuh hari sehingga 13 November bagi membantu siasatan.

    “Kes disiasat memgikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan polis masih menunggu laporan perubatan mangsa dibuat Hospital Tuanku Fauziah (HTF),” katanya. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad