Pemain bola ditangkap bogel, cuba sihir pasukan lawan
Pemain bola ditangkap bogel, cuba sihir pasukan lawan. LUSAKA - ZAMBIA. Seorang pemain bola sepak nyaris dibelasah beramai-ramai, selepas ditangkap cuba melakukan ritual ilmu hitam di luar bilik persalinan pasukan lawan.
Pemain dari kelab Chambeshi itu didakwa melakukan juju (ilmu hitam) sebelum perlawanan menentang pasukan Mighty Mufulira.
Penyokong yang berang dengan aksi pemain terbabit bertindak menamparnya berulang kali.
Lelaki tersebut bernasib baik apabila pengawal keselamatan dapat menenangkan kemarahan orang ramai sebelum dihantar ke balai polis tempatan.
Juju atau ilmu hitam bukan perkara baharu dalam bola sepak Afrika.
Perbuatan tersebut sering dilakukan setiap kali berlangsungnya perlawanan penting.
Bekas bintang Arsenal dan Togo, Emmanuel Adebayor pernah menuduh ahli keluarganya melakukan juju sehingga kariernya musnah. - Agensi/Sinar Harian

No comments