• Semasa

    Lelaki maut kereta terbabas dalam longkang





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Lelaki maut kereta terbabas dalam longkang. SHAH ALAM - Seorang lelaki maut setelah terlibat dalam satu kejadian kemalangan yang berlaku di KM 7.8 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan pada jam 5.25 pagi tadi.


    Lelaki maut kereta terbabas dalam longkang


    Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, menerusi siasatan awal, pihaknya mendapati kenderaan dipandu mangsa berusia 19 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang.

    “Mangsa sedang memandu ke arah Shah Alam-Setia Alam sebelum terbabas ke dalam longkang sehingga menyebabkan kenderaan dipandunya terbalik.

    “Laluan jalan berkenaan adalah lurus dan keadaan cuaca juga baik sewaktu kejadian berlaku,”katanya.

    Susulan kejadian itu, Baharudin berkata Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Shah Alam turut mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

    Beliau berkata, lorong perlahan dan kecemasan terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja siasatan dijalankan.

    “Bagaimanapun, aliran trafik bergerak lancar di lokasi terlibat,” katanya. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad