• Semasa

    [UPDATE] Sujud syukur terakhir Ustaz Hassan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    [UPDATE] Sujud syukur terakhir Ustaz Hassan. Dia sujud selama 15 minit pada Sabtu lalu. Keesokan harinya, arwah langsung tidak boleh bercakap sebelum kami bawa Allahyarham ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya ketika ditemui di kediaman arwah di Persiaran Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, hari ini.


    [UPDATE] Sujud syukur terakhir Ustaz Hassan 


    Mohd Zain yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) berkata, Allahyarham dirawat di HKL selama seminggu sejak Ahad lalu.

    “Arwah meninggal dunia akibat kanser limfoma yang dikesan sejak akhir Ogos lalu.

    “Akhir Ogos lalu, Allahyarham demam dan selepas pemeriksaan dilakukan, bapa didapati mempunyai kanser limfoma tahap empat.

    “Kami bergilir-gilir menjaganya sejak dia demam sebelum dibawa ke HKL Ahad lalu, namun tahap kesihatannya mulai menurun sejak pagi tadi sebelum meninggal dunia pada 5 petang,” katanya.

    Beliau berkata, Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, pada 9 pagi esok sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam di Persiaran Kayangan, Seksyen 5, Shah Alam, Selangor.

    Kaum keluarga dan rakan Allahyarham mula memenuhi kediamannya sejak 7 malam tadi untuk menziarahi dan memberi penghormatan terakhir buat jenazahnya. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad