• Semasa

    [UPDATE] Kata-kata terakhir Ustaz Hassan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    [UPDATE] Kata-kata terakhir Ustaz Hassan. JANGAN lupa solat, selalu doakan arwah dan bacakan al-Quran. Itu antara pesanan terakhir tokoh agama Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari, 90, kepada anak dan cucunya sebelum meninggal dunia petang hari ini.


    [UPDATE] Kata-kata terakhir Ustaz Hassan


    Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, dia menerima panggilan daripada adiknya memaklumkan arwah nazak sebelum dia bergegas ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    “Arwah nazak sekejap sahaja, saya tidak sempat berjumpa dia waktu itu sebelum disahkan meninggal dunia.

    “Pesanan terakhir arwah, dia minta ki jangan lupakan solat, bacakan doa untuk dia dan selalu baca al-Quran,” katanya dalam nada sebak, ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Persiaran Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini, hari ini.

    Turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham adalah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang tiba jam 10 malam.

    Bekas hakim Pertandingan Tilawah al-Quran itu meninggal dunia jam 5.07 petang tadi di HKL kerana menghidap kanser limfoma tahap empat. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad