'Saya yakin itu mayat Amir '. “KAMI yakin itu mayatnya,” kata abang kedua kepada Amir Hamzah Mohd Rozali yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Damansara menghala ke Plaza Tol Subang, awal pagi Jumaat lalu.
Khairul Anwar berkata, keluarganya yakin mayat yang tiada pengenalan diri yang ditemui di kunci air Bukit Naga, Seksyen 32 di Shah Alam, itu adalah milik adiknya.
“Kami yakin berdasarkan baju terakhir dipakai arwah serta beberapa parut di badannya kerana mayat sudah berubah fizikal dan tidak dapat dicam menerusi raut wajah.
“Bagaimanapun, saya difahamkan jenazah tidak boleh dituntut sehingga proses DNA antara mak ayah dan mayat itu sepadan,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui di bilik mayat Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS), Shah Alam, hari ini.
Bercerita lanjut, Khairul Anwar berkata, Amir Hamzah yang berusia 22 tahun sepatutnya tidur di rumahnya di Padang Jawa, di Shah Alam, pada Jumaat lalu namun kelibatnya tidak kelihatan.
“Kali terakhir dia mesej dan beritahu sedang berteduh daripada hujan di Sungai Buloh, tidak jauh dari lokasi kemalangan itu.
“Tapi apabila pagi Jumaat itu arwah tak sampai rumah, saya masih positif dan beranggapan telefon bimbit arwah sudah habis bateri dan tidak tahu mencari jalan ke rumah saya,” katanya.
Ketika kemalangan awal pagi Jumaat lalu yang menyebabkan seorang lelaki dan wanita maut, manakala tujuh lagi parah, Amir Hamzah dikatakan dalam perjalanan dengan menunggang motosikal Yamaha Y15 dari Lenggong, Perak menuju ke Padang Jawa.
Bagaimanapun, lelaki itu dilaporkan hilang manakala motosikalnya ditemui dalam keadaan enjin masih hidup sebaik pihak berkuasa selesai mengalihkan beberapa kenderaan terbabit dalam kemalangan itu.
Khairul Anuar berkata, pada petang Jumaat lalu, dia mengambil inisiatif menghubungi adiknya dan hampir semua hospital serta bilik mayat di sekitar Lembah Klang.
“Pada Sabtu, saya syak adik dah tak pergi konvo, dan saya pergi ke tempat konvonya dan bertanya sekali lagi pada rakan serta pensyarahnya.
“Selepas itu, saya mula rasa tak sedap hati dan ingin membuat laporan polis mengenai adik hilang, tetapi tidak lama selepas itu balai polis telefon dan beritahu jumpa motosikal adik di tepi lebuh raya.
“Terus tersentak dalam hati mengenai kemalangan ngeri pada awal pagi Jumaat itu, pada hari Ahad pagi kami sekeluarga pergi ke lokasi motosikal dijumpai itu,” katanya.
Khairul Anwar berkata, dirinya mengesyaki Amir Hamzah turut menjadi mangsa kemalangan itu kerana berpendapat tidak akan meninggalkan motosikalnya.
“Adik saya sayang motosikal itu macam nyawanya. Sebab itu kami sekeluarga mula mencari di sekitar lokasi dan jumpa ‘pouch bag’ milik arwah di bawah jambatan.
“Selepas itu baru pihak polis menghantar anggotanya bagi mencari adik,” katanya. - myMetro
'Saya yakin itu mayat Amir '

No comments