• Semasa

    Punca lelaki maut jatuh tingkat 13





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Punca lelaki maut jatuh tingkat 13. LELAKI warga Bangladesh maut selepas tergelincir ketika mengecat bangunan Apartment Desa Tun Razak, Sungai Besi, Kuala Lumpur, hari ini.


    Punca lelaki maut jatuh tingkat 13


    Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, ketika kejadian 3 petang itu, mangsa berusia 37 tahun terbabit berada di ‘sky lif’ pada tingkat 13 untuk mengecat bangunan berkenaan.

    “Menurut saksi, ketika kejadian mangsa bersama rakan sekerjanya sedang mengecat bangunan itu sebelum tergelincir lalu terjatuh pada ketinggian tingkat 13 bangunan terbabit.

    “Mangsa yang parah di kepala serta kaki selain patah tangan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, malam ini.

    Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik PPUKM untuk bedah siasat.

    “Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan. Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad