• Semasa

    Nak jadi tuhan konon...





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Nak jadi tuhan konon... NEW DELHI: Seorang sami hampir maut selepas dia secara sukarela ditanam hidup-hidup di dalam kubur selama lapan jam pada minggu lalu dalam usahanya untuk menyucikan diri dan dilahirkan semula sebagai tuhan.


    Nak jadi tuhan konon...


    Deeraj Kharol yang tinggal di sebuah kuil di kampung Karocho ka Kheda di Rajasthan mengumumkan rancangannya untuk membuat satu ritual pelik di mana dia ditanam di dalam kubur selama tiga hari.

    Ritual itu bertujuan menyucikan diri dan orang yang melakukannya bakal dilahirkan semula sebagai tuhan.

    Rancangan sami itu disambut dengan gembira oleh penduduk kampung yang teruja dan mereka juga membantu menggali kubur berhampiran kuil berkenaan.

    Pada hari yang ditetapkan, Kharol masuk ke dalam kubur berkenaan sebelum ia ditutup dengan papan dan ditimbus dengan batu, tanah serta lumpur.

    Upacara berkenaan turut menarik kedatangan penduduk di kampung berhampiran yang berpusu-pusu melihat kubur itu dan memujanya.

    Berita mengenai rancangan itu tersebar dengan meluas hingga sampai ke pengetahuan ketua polis wilayah berkenaan yang segera menghantar pegawainya ke kampung itu untuk menghentikan upacara berkenaan.

    Times Of India melaporkan, sepasukan anggota polis yang diketuai Mansingh Dev tiba di kubur lokasi Kharol ditanam tetapi penduduk yang berang menghalang mereka campur tangan dalam ritual berkenaan.

    Dev kemudian berunding dengan orang tua di kampung itu dan memberi penjelasan bahawa Kharol akan mati kelemasan.

    Selepas berbincang akhirnya penduduk kampung membenarkan polis menggali kubur itu dan membawa keluar Kharol yang didapati sudah pengsan sebelum dikejarkan ke hospital.

    Kharol yang dirawat di hospital memberitahu, dia sendiri mahu menjalani ritual berkenaan dan merayu pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap penduduk kampung. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad