Mungkin benar, naluri pramugari nahas Lion Air ini
Mungkin benar, naluri pramugari nahas Lion Air ini. JAKARTA - INDONESIA. Status salah seorang pramugari Lion Air JT 610 dipercayai terhempas ke laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pagi tadi tular di media sosial.
Menerusi Instagram peribadinya, Alviani Hidayatul Solikah menulis 'it's dark inside, i want save that light'.
Status itu dimuat naik tiga hari lalu dengan memperlihatkan dia sendirian di tengah-tengah sinaran cahaya lampu dikelilingi kegelapan.
Memetik DetikNews, Alviani Hidayatul yang berasal dari Jawa Timur merupakan salah seorang pramugari pesawat malang tersebut.
Rata-rata rakan dan netizen memenuhi ruang maklum balas dengan menzahirkan ucapan takziah kepadanya.
Netizen, Julistyoip mendoakan Alviani dibawah lindungan ALLAH SWT.
Bagi, Rorisrei pula menyatakan, 'ALLAH will save the light for you and bring you out from the dark'. Al - Fatihah.
Enam krew kabin disenaraikan Lion Air ialah Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikah, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda, dan Deny Maula manakala juruterbangnya Kapten Bhavye Saneja dan pembantu Harvino.

No comments