• Semasa

    Mayat penumpang Lion Air ditemui





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Mayat penumpang Lion Air ditemui. JAKARTA: Mayat seorang penumpang berjaya ditemui berhampiran lokasi pesawat Lion Air JT610 terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat, Indonesia.


    Mayat penumpang Lion Air ditemui.


    Kompas TV melaporkan, mayat terbabit ditemui oleh pasukan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), polis serta Tentera Nasional Indonesia (TNI).

    “Berdasarkan pemantauan dan maklumat yang diterima, terdapat seorang mangsa ditemui,” kata Adi Wahadi yang bersama pasukan Polis Air Indonesia (POLAIR) ke lokasi.

    Menurutnya, mayat sudah diambil dan dalam proses untuk dikenal pasti identiti mangsa.

    Pada masa sama, mereka turut menemui pelbagai serpihan yang dipercayai daripada badan pesawat termasuk barangan peribadi milik mangsa seperti beg tangan.

    Serpihan terbabit kemudiannya diperiksa di dalam kapal penyelamat yang dikerahkan dalam usaha pencarian. - Agensi

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad