• Semasa

    'Bakar colok, zikir ramai-ramai...'





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    'Bakar colok, zikir ramai-ramai...' MEMBAKAR colok sambil ‘berzikir’ beramai-ramai menggunakan ayat tidak pernah didengari.


    'Bakar colok, zikir ramai-ramai...'


    Selain itu, ‘menawarkan’ makanan buahan, pulut kuning dan haiwan panggang yang diletakkan di atas pondok binaan sendiri.

    Itu antara ritual pemujaan dilakukan sebahagian 20 individu warga Indonesia yang ditahan di ladang sawit di Tanjung Sepat, dekat Kuala Langat, Sabtu lalu.

    Komander PGA Briged Tengah Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, ia dikesan selepas pihak berkuasa menyerbu ladang itu.

    Beliau berkata, pada serbuan jam 5 petang itu, pihaknya menahan 20 warga Indonesia termasuk empat wanita.

    “Daripada 20 orang, 11 daripadanya didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan diri sah.

    “Kami turut merampas dua motosikal, lapan bengkung warna merah mengandungi ayat al-Quran dan 23 topi bersulam ‘Pasker 1980’.

    “Selain itu, enam lambang pertubuhan IKS PI Kera Sakti, 26 poster, 14 seragam, 24 sampul merah, 26 buku pelajaran Kera Sakti dan 20 lilin kecil berwarna merah,” katanya ketika dihubungi NSTP.

    Beliau berkata, serbuan oleh pasukan risik Batalion 6 Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Operasi Nyah (Op Nyah).

    Katanya, ia selepas maklumat daripada orang awam yang memaklumkan mengenai aktiviti mencurigakan sekumpulan warga Indonesia di situ.

    Menurutnya, lokasi turut dijadikan transit pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tempat pertubuhan silat berkenaan, sejak beberapa bulan lalu.

    “Semua suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi memaklumkan, kes itu mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Imigresen 1959/63.

    “Kami sedang memeriksa sama ada dokumen yang dikemukakan suspek adalah sahih atau sebaliknya. Selain itu, menyemak pendaftaran pertubuhan terbabit yang didakwa menjalankan aktiviti persilatan.

    “Kami juga menyiasat sekiranya aktiviti mereka mengancam keamanan negara. Pada masa sama, kami akan merujuk perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekiranya ada unsur ajaran sesat,” katanya yang turut memaklumkan semua suspek tidak memiliki rekod jenayah. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad