Tragedi tengah malam, tiga maut nahas dua kereta
Tragedi tengah malam, tiga maut nahas dua kereta. TIGA maut manakala tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kereta di simpang Felda Belara, Kuala Nerus, malam tadi.
Kejadian pada 10.40 malam membabitkan Proton Iswara dan Proton Wira itu meragut nyawa tiga lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Pegawai Bomba Tinggi Yusman Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10.48 malam.
Beliau berkata, dua jentera dan satu Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 17 pegawai serta anggota dari BBP Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, kami dapati kereta Proton Iswara terbabas ke dalam cerun manakala Proton Wira terbabas ke bahu jalan dan kedua-dua kenderaan remuk teruk.
“Mangsa yang tersepit dalam kenderaan dikeluarkan dengan bantuan bomba dan tiga mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pihaknya selesai menjalankan tugas menyelamat dan mengeluarkan mangsa tersepit pada 12.51 tengah malam. - myMetro

No comments