• Semasa

    Terkejut terima wang Perkeso suami





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Terkejut terima wang Perkeso suami. KUANTAN - Kematian suaminya, Noor Mohd Farhan Mohmad Nor, 31, akibat dihempap pokok ketika pulang ke pejabatnya di Bandar Satelit Muadzam Shah pada 10 Mei lalu, meragut kebahagiaan yang dikecapi selama lebih dua tahun.


    Terkejut terima wang Perkeso suami


    Malah, kehilangan suaminya turut memberi kesan mendalam kepada pembantu tadbir Klinik Kesihatan Bandar Tun Tazak, Shaidatul Shakilla Ahamd Tarmizi, 28, yang kini terpaksa memikirkan cara untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan seorang anak lelakinya, Noor Adam Firdaus, 11 bulan.

    Namun, kerunsingannya sedikit terubat apabila Shaidatul menerima manfaat faedah orang tanggungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang akan dibayar secara berkala sepanjang hayat, manakala anaknya akan menerima manfaat tersebut sehingga berusia 21 tahun atau selepas tamat ijazah pertama, selain layak menerima faedah pendidikan.

    "Saya tidak menyangka akan terima wang Perkeso arwah suami, saya tahu pun kerana pejabat tempat suami bekerja beritahu. Alhamdulillah, saya bersyukur mendapat faedah manfaat daripada Perkeso dan ia membantu meringankan bebanan kami. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad