• Semasa

    Pelajar asrama dinoda senior hingga mengandung





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pelajar asrama dinoda senior hingga mengandung. DEHRADUN - INDIA. Seorang pelajar kelas 10 di sebuah sekolah asrama di India dinoda oleh sekumpulan pelajar senior bulan lalu, malah pihak sekolah cuba untuk menyembunyikan insiden berkenaan.


    Pelajar asrama dinoda senior hingga mengandung


    Menurut pelajar perempuan berusia 16 tahun tersebut, pada 14 Ogos lalu, dia dipanggil ke sebuah bilik stor dengan alasan perlu membuat persiapan untuk sebuah acara di sekolahnya, namun malangnya, dia diserang dan dinoda bergilir-gilir.


    Mangsa jatuh sakit selepas insiden tersebut lalu mengadu kepada kakaknya yang juga belajar di sekolah sama bahawa dia telah dinoda, mangsa kemudian didapati telah mengandung.

    Apabila kedua beradik berkenaan membuat aduan kepada pihak sekolah, mereka diugut akan dibuang sekolah sekiranya menceritakan perkara itu kepada sesiapa.

    "Pihak pengurusan sekolah cuba untuk menyembunyikan kes itu, setelah sebulan, perkara itu telah sampai kepada pengetahuan polis," kata seorang pegawai kanan polis, Ashok Kumar.

    Malah, pihak sekolah turut dituduh cuba menggugurkan kandungan mangsa dengan memberinya minuman bercampur dadah.

    Sehubungan kes itu, empat pelajar lelaki, pengetua, pentadbir dan penjaga hostel sekolah berkenaan telah ditahan. - NDTV

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad