Misteri kehilangan tentera akhirnya terungkai.. KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang dilaporkan hilang daripada rumahnya di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, kelmarin, sudah ditemui.
Mohammad Helmy Noorsham, 31, yang kali terakhir dilihat keluar dari pintu belakang kem kira-kira jam 5 petang sudah pulang ke rumah selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, semalam.
Isterinya, Nor Afzan Nor Ozman, 31, berkata suaminya kini dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, katanya, Mohammad Helmy masih tidak dapat mengingati bagaimana dan bila dia berada di hospital.
“Alhamdulillah, dia sudah pulang ke rumah kira-kira jam 5 petang semalam selepas dibenarkan keluar dari wad, setakat ini masih belum dikenalpasti apa punca sebenar kehilangannya.
“Rawatan dibuat untuk periksa komplikasi jantung atau halusinasi, itu sahaja setakat ini, apa yang berlaku sebenarnya masih tidak jelas,” katanya ringkas ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.
Semalam, NSTP melaporkan anggota tentera yang bertugas di dalam Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) itu hilang selepas keluar menunaikan solat Asar di masjid berhampiran rumahnya di Kem Perdana Sungai Besi kira-kira pada jam 5 petang.
Dia dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan kem berjalan kali menggunakan pintu pagar belakang dipercayai untuk berjumpa rakannya.
Selepas beberapa jam tidak pulang, isterinya membuat laporan polis. - BHonline
Misteri kehilangan tentera akhirnya terungkai..

No comments