Maahad tahfiz diperintah bayar RM4.3 juta . MAHKAMAH Sesyen Kota Bharu, hari ini memerintahkan Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Kuala Krai membayar ganti rugi am dan khas kerana kecuaian berjumlah RM4.3 juta, kepada bekas pelajarnya yang lumpuh akibat kemalangan pada Jun tahun lalu.
Hakim Nazri Ismail memerintahkan tiga defendan iaitu pemandu van, Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25, CT-One Corporation Sdn Bhd dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi bertanggungjawab secara vikarius dengan membayar kos itu kepada Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 18.
Jumlah berkenaan termasuk ganti rugi terhadap Muhammad Faiz Hafizuddin yang retak saraf tunjang sehingga menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup serta kos pembelian lampin pakai buang, tiub makanan dan jururawat persendirian.
Plaintif diwakili peguam, R Kameswary dan Mazlinda Mahmud, manakala pengasas Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Datuk Adnan Hashim diwakili Tetuan Tengku Azlina, Azlan Shah dan Azman.
Muhammad Faiz Hafizuddin yang turut dibawa ke mahkamah hari ini dilihat mengalirkan air mata sebaik mahkamah membuat keputusan itu.
Dalam kejadian 2 Jun tahun lalu, tujuh daripada 12 pelajar tahfiz terbunuh dengan lima daripadanya maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK).
Ketika kejadian, pelajar berkenaan dalam perjalanan untuk menghadiri program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan Kota Bharu di sini, berdepan saat mengerikan apabila van yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai.
Sementara itu, Kameswary berkata perbicaraan mengambil masa dua hari sahaja dengan empat saksi dipanggil termasuk ibu bapa mangsa dan pengasas maahad tahfiz berkenaan, Adnan.
“Semakan mendapati van yang dinaiki mangsa tidak mempunyai insurans terhadap pelajarnya dan pada hari kejadian, van itu dipandu oleh pemandu yang tidak mempunyai lesen kenderaan,” katanya.
Bapa mangsa, Mohd Izahir Kassim, 50, ketika ditemui bersyukur apabila keputusan mahkamah memihak kepada anaknya dan sekurang-kurangnya nasib Muhammad Faiz Hafizuddin terbela.
“Duit yang bakal diperolehi ini bukan untuk saya atau isteri, sebaliknya akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kos perubatan Muhammad Faiz Hafizuddin memandangkan saya sudah bersara.
“Kos untuk anak saya setiap bulan sangat tinggi dan pembelian susu sahaja sudah melebihi RM1,000. Duit simpanan saya sudah habis sehingga saya terpaksa berhutang dengan keluarga untuk menanggung Muhammad Faiz Hafizuddin.
“Saya mahu membawa anak menjalani rawatan di Hospital Columbia Asia, Shah Alam walaupun doktor memaklumkan peluang untuk Muhammad Faiz Hafizuddin adalah tipis, namun sekurang-kurangnya kami mencuba," katanya.
Pada masa sama, Mohd Izahir kesal apabila ramai yang mengutuk tindakannya memfailkan tuntutan bagi pihak anaknya, sedangkan orang luar tidak tahu apa yang berlaku.
“Pada awalnya saya tidak mahu failkan tuntutan walaupun ramai peguam datang memujuk, namun saya cuba buat tuntutan insurans penumpang, namun tidak mendapat kerjasama daripada pihak tahfiz.
“Malah, peguam juga mahu menyelesaikan perkara di luar mahkamah dengan menuntut RM500,000 dengan pengasas tahfiz, namun Datuk Adnan enggan membayar menyebabkan saya mula memfailkan tuntutan pada April lalu,” katanya. - myMetro
Maahad tahfiz diperintah bayar RM4.3 juta

No comments