Lengan melecur 'tersentuh' telefon pintar. SEORANG kerani bank melecur di bahagian lengan kiri selepas tersentuh telefon pintarnya yang sedang dicas di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, semalam.
Kejadian berlaku pada 4.20 pagi juga hampir menyebabkan kebakaran selepas tilam wanita terbabit mula berbara disyaki akibat suhu tinggi telefon pintar berkenaan.
Nur Filzah Abdul Rahman, 24, berkata kejadian bermula apabila dia mengecas telefon pintarnya dan meletakkan alat berkenaan di atas tilam pada 12.30 tengah malam Sabtu lalu.
Menurutnya, kebiasaannya dia akan meletak telefon yang dicas di atas lantai, namun meletak di atas tilam pada hari kejadian.
“Pada jam 4.20 pagi, saya terjaga daripada tidur selepas rasa belakang badan panas dan menyangka hanya mimpi, tetapi bila saya mengiring ke kiri, tangan saya terkuis telefon dan dapat rasakan lengan saya pedih.
“Saya mencampak telefon saya ke arah tepi katil lalu membuka lampu sebelum melihat bilik saya dipenuhi asap dan nampak tilam turut berbara,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, tilamnya disyaki terbakar akibat suhu panas daripada telefon pintar terbabit.
Katanya, dia bersama rakan kemudian mencurah air ke arah tilam yang berbara sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat melecur.
“Saya baru sahaja menukar bateri telefon pintar saya buat pertama kali, dua bulan lalu, dan sudah menggunakan telefon itu sejak empat tahun lalu.
“Saya bersyukur kerana tiada perkara lebih buruk berlaku, namun tidak sangka perkara sebegini boleh berlaku ke atas diri saya.
“Sebelum ini saya hanya baca mengenai kes telefon panas atau larangan cas telefon atas tilam,” katanya. - myMetro
Lengan melecur 'tersentuh' telefon pintar

No comments