Ibu tunggal berdepan hukuman sebat. IBU tunggal berdepan hukuman sebatan syariah selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri, di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, di Kuala Terengganu, hari ini.
Tertuduh berusia 30 tahun itu kekal dengan pengakuan bersalah selepas pertuduhan kali kedua mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Rosdi Harun.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pencanting batik sambilan itu didakwa melakukan kesalahan itu di hotel di bandar raya bersama seorang pelanggan pada 17 September antara 11.20 malam hingga 11.45 malam.
Bagi kesalahan itu wanita yang berasal dari Klang, Selangor itu berdepan hukuman didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Sejurus pengakuan salah direkodkan, mahkamah menetapkan 27 September ini sebagai tarikh jatuh hukum dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin.
Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie Terengganu, Khasmizan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan dalam serbuan penguatkuasa syariah daerah di bilik hotel berkenaan dan melakukan rampasan terhadap 11 barangan yang disahkan milik wanita itu termasuk kondom, minyak pelincir, coli dan seluar dalam.
Difahamkan, tertuduh juga menerima bayaran RM100 daripada pelanggan untuk melakukan perbuatan itu pada hari sama ketika ditahan.
Dalam prosiding itu, tertuduh mengakui terpaksa melakukan perbuatan itu kerana memerlukan wang untuk menyara kehidupannya dan anak perempuan berusia tujuh tahun yang dijaga oleh kakaknya di Klang, Selangor bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh Hakim Syarie. - myMetro
Ibu tunggal berdepan hukuman sebat

No comments