Dua maut treler masuk gaung. DUA lelaki maut dipercayai tercampak di bahu jalan apabila treler dinaiki terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter di Jalan Gerik-Kelian Intan, Kampung Pipi, Pengkalan Hulu, hari ini.
Bagaimanapun, setakat ini identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.16 pagi.
Katanya, setiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati sebuah treler terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter.
“Dua mangsa yang menaiki treler berkenaan ditemui di bahu jalan dipercayai tercampak dari kenderaan berat berkenaan.
“Kami membuat pemeriksaan di lokasi kejadian termasuk treler berkenaan bagi memastikan tiada mangsa lain terbabit dalam nahas itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan dua lelaki berkenaan maut dan menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, operasi menyelamat mangsa tamat pada 10.32 pagi. - myMetro
Berita lanjut menyusul..
Dua maut treler masuk gaung

No comments