"Anwar akan jadi PM, itu janji saya" - Kata Dr M
"Anwar akan jadi PM, itu janji saya" - Kata Dr M. “DATUK Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri Malaysia. Itu adalah janji saya," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri menegaskan demikian ketika menjawab satu soalan pada Forum Tahunan Kedua Perniagaan Global Bloomerg yang dikendalikan wartawan, Fareed Zakaria.
Dr Mahathir berkata, beliau setuju menjadi perdana menteri kerana Anwar berada dalam penjara apabila kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran.
“Saya berjanji bahawa saya tidak akan kekal lama sebagai perdana menteri. Mungkin dua tahun, mungkin lebih, mungkin kurang.
“Apa yang penting ialah kita mempunyai kerja sama empat parti. Beberapa sejarah lalu kami tidak menyumbang kepada kerja sama itu.
“Justeru, kami perlu melupakan perkara lalu dan menumpukan kepada isu penting yang pada masa itu ialah untuk menumbangkan perdana menteri sebelum ini. Untuk itu kami sedia melupakan perbalahan lalu," katanya.
Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia mahu perdana menteri baharu tetapi Anwar masih dalam penjara ketika itu.
“Rakyat mahu perdana menteri baharu, bukan perdana menteri lama ini, tetapi pada masa itu mereka tiada pilihan kerana pemimpin lain berada dalam penjara dan beliau pun tak boleh menerajui parti.
“Justeru, saya bersetuju bahawa saya akan berada di sana mungkin untuk dua tahun dan pemimpin baru akan mengambil alih kepimpinan," katanya. - myMetro

No comments