• Semasa

    [VIDEO] Najib didakwa 3 lagi pertuduhan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    [VIDEO] Najib didakwa 3 lagi pertuduhan. KUALA LUMPUR 7 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa atas tiga pertuduhan tambahan melibatkan aktiviti pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta syarikat SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) di Mahkamah Sesyen di sini esok.


    [VIDEO] Najib didakwa 3 lagi pertuduhan


    Semakan pada sistem e-filing mahkamah mendapati pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembia­yaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 akan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen 9, Kompleks Mahkamah di sini.


    Sesyen tersebut antara lainnya menyebut sesiapa yang melibatkan diri secara langsung atau sebaliknya dalam transaksi hasil aktiviti haram atau menerima, memiliki, menukar, melupuskan atau menggunakan hasil daripada aktiviti haram, boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti salah itu atau RM5 juta atau yang mana yang lebih tinggi.

    Pihak pendakwaan dijangka membuat permohonan agar pertuduhan tambahan tersebut dibicarakan bersama empat pertuduhan yang dihadapi oleh Najib, 65, sebelum ini.

    Pada 4 Julai lalu, bekas Presiden UMNO itu mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna jawatan melibatkan dana RM42 juta syarikat tersebut dan kes akan disebut semula di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali, esok.

    Pada prosiding esok, peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib akan membuat permohonan bagi mendapatkan perintah sekatan terhadap media daripada menerbitkan perbincangan berkaitan merit dan pertuduhan itu, manakala Peguam Negara, Tommy Thomas dijangka membuat bantahan terhadap permohonan itu yang disifatkan sebagai menafikan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

    Dalam pada itu, beberapa kakitangan Kompleks Mahkamah Kua­la Lumpur petang ini dilihat membuat sekatan dan meletakkan meja pendaftaran media sebagai persediaan untuk kes Najib esok.

    Sementara itu, Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SP­RM) memberitahu, bekas Perdana Menteri itu meluangkan masa selama 45 minit untuk proses rakaman percakapan bagi membantu siasatan kes SRC International di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini petang ini.

    Suruhanjaya tersebut menerusi kenyataan akhbarnya petang ini memaklumkan, Najib hadir di akademi itu kira-kira pukul 5 petang.

    Kenyataan itu juga mengesahkan Najib akan didakwa esok di Mahkamah Kuala Lumpur mengikut AMLATFPUAA 2001 berkaitan kes SRC International dan pertuduhan tersebut dibuat selepas mendapat keizinan daripada Peguam Negara. - Utusan Malaysia

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad