Kereta Nasional ke-3 bukti pemerintahan autokratik Tun M
Kereta Nasional ke-3 bukti pemerintahan autokratik Tun M. KUALA LUMPUR - Pemimpin dalam kerajaan PH dianggap gagal sekiranya tidak mampu menyekat impian kereta nasional ketiga hasil ilham Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kegagalan menyekat hasrat Dr Mahathir bermakna mereka membenarkan pentadbiran autokratik di bawah pimpinan Ahli Parlimen Langkawi itu.
Menurutnya, jika pemimpin PH tidak membantah cadangan tersebut maka sah mereka takut kepada Dr Mahathir, takut kehilangan jawatan malah membuktikan mereka tidak takut kepada rakyat.
“Proton diswastakan pada 2012, hampir di’bailout’ apabila Dr Mahathir meminta Datuk Seri Najib Tun Razak menyuntik RM2 bilion kepada Proton.
“Ketika itu Proton berhutang RM700 juta kepada vendor yang majoritinya Bumiputera. Jualan Proton merosot kepada 5,000 unit sebulan pada 2017 berbanding 200,000 unit sebelumnya.
“Bahkan kerugian Proton pada 2016 ialah RM150 juta. Justeru apa perlunya Proton 2.0? Kenapa tidak dipulihkan saja Proton 1.0,” katanya memetik laporan Umno Online.
Tambah beliau, banyak lagi keutamaan lain perlu diselesaikan berbanding mewujudkan projek kereta nasional yang baru.
“Kalau kerajaan terpaksa memungkiri janji manifesto mereka atas alasan kewangan, kenapa kereta nasional baru mahu dilaksanakan? Tidakkah itu nanti membebankan rakyat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Semak semula projek kereta Nasional ketiga]
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Tiada siapa ingin lihat kereta nasional kedua...']
“Sedangkan banyak keutamaan lain perlu diselesaikan. Antaranya harga kereta lebih murah seperti dijanjikan dalam Buku Jingga (Bajet Harapan). Lebih baik kemudahan pengangkutan awam dimodenkan,” ujarnya.
Tambah bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) ini, beliau tidak akan berasa hairan sekiranya jambatan bengkok akan dibina malah Formula 1 juga kembali mengaum di Malaysia.
“Maka lama lagilah Dr Mahathir jadi PM (Perdana Menteri). Kempunan lagilah Anwar?,” soalnya. - Sinar Harian

No comments