• Semasa

    Impian Malaysia musnah





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Impian Malaysia musnah. KUALA LUMPUR: Impian skuad bawah 16 (B-16) tahun negara melangkah ke final Kejohanan AFF B-16 buat kali kedua musnah selepas tewas tipis 1-0 kepada tuan rumah, Indonesia pada aksi separuh akhir, sebentar tadi.


    Impian Malaysia musnah


    Kali pertama skuad B-16 negara mara ke final kejohanan sama pada tahun 2013 yang menyaksikan Malaysia muncul juara pada edisi itu.

    Malah, kekalahan kepada skuad Garuda Muda itu juga menyaksikan anak buah Raja Azlan Shah Raja Sho'ib gagal mengikut jejak skuad Bojan Hodak yang muncul juara Kejohanan AFF B-19 bulan lalu.

    Pada aksi yang berlangsung di Stadium Delta Sidoarjo, Surabaya, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang sepanjang babak pertama.

    Namun, Indonesia bernasib baik pada babak kedua apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-70 selepas penjaga gol, Abdul Alim Al Amri Ali menjatuhkan Mochammad Supriadi.

    Peluang itu digunakan sepenuhnya Amirudin Bagus Kahfi Alfikri, sekali gus menjadi jaringan kemenangan buat tuan rumah menempah aksi final berdepan Thailand, Sabtu ini.

    Skuad negara pula akan berdepan Myanmar yang tewas 1-0 kepada Thailand dalam satu lagi aksi separuh akhir bagi penentuan tempat ketiga.

    Untuk rekod, anak buah Raja Azlan meraih tiga kemenangan pada peringkat Kumpulan B selepas menewaskan Brunei 6-1, Singapura 4-0 dan Laos 1-0 selepas tunduk 0-1 pada aksi pembukaan kepada Thailand. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad