• Semasa

    Doktor sakit puan bebas tuduhan sebabkan kematian bekas menantu TPM





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Doktor sakit puan bebas tuduhan sebabkan kematian bekas menantu TPM. KUALA LUMPUR 10 Ogos - Seorang doktor perbidanan dan sakit puan (O&G) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian menantu bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, semasa mendapatkan rawatan gigi, tiga tahun lalu.


    Doktor sakit puan bebas tuduhan sebabkan kematian bekas menantu TPM


    Hakim Zaman Mohd. Noor memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Dr. Ting Teck Chin, 38, pada akhir kes pendakwaan.

    “Terdapat percanggahan keterangan di antara pakar bius dan pakar autopsi dari segi punca kematian si mati. Pakar bius mengatakan kematian disebabkan wujud serangan jantung (cardiac arrest) berikutan penggunaan lebihan bius (over sedation) manakala pakar autopsi berpendapat kematian disebabkan oleh alahan dengan ubat bius. Oleh yang demikian, OKS (orang kena saman) dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

    Mengikut pertuduhan, Teck Chin didakwa telah menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, 44, dengan mengetahui bahawa perbuatannya itu mungkin menyebabkan kematian mangsa.

    Tertuduh yang bertugas di Jabatan O&G di Hospital Kuala Lumpur (HKL) didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfields, di sini, antara pukul 6 petang dan 9.05 malam, 1 Jun 2016.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad