• Semasa

    Budak 8 tahun 'diratah', diliwat ahli keluarga





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Budak 8 tahun 'diratah', diliwat ahli keluarga. ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak mengalami trauma dirogol, diliwat dan dicabul oleh salah seorang ahli keluarganya dalam satu kejadian di Pokok Sena, baru-baru ini.


    Budak 8 tahun 'diratah', diliwat ahli keluarga


    Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata,hasil siasatan, kejadian berlaku di rumah suspek ketika sambutan Hari Raya Puasa yang lalu selama empat hari berturut-turut.


    Katanya, kegiatan lelaki berkenaan terbongkar apabila kanak-kanak berusia lapan tahun berkenaan menceritakan kejadian malang terbabit kepada jirannya.

    "Suspek berusia 48 tahun itu dipercayai mengumpan mangsa dengan makanan ringan sebelum menarik mangsa masuk ke dalam rumah untuk dirogol.

    "Suspek telah berjaya ditangkap sehari selepas laporan dibuat dan kini direman sehingga 3 September depan.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan -kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017",katanya. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad