• Semasa

    Ajal lelaki dalam kereta





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Ajal lelaki dalam kereta. LELAKI ditemui meninggal dunia akibat serangan jantung di dalam kereta yang diparkir di tepi Jalan Lahat berhampiran Pondok Polis Little India, Ipoh, hari ini.


    Ajal lelaki dalam kereta


    Lelaki berusia 59 tahun yang memandu kereta Toyota Camry ditemui orang awam yang melalui jalan berkenaan dalam keadaan terbaring di dalam kereta dan mereka kemudian menghubungi polis.

    Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada 10.30 pagi.

    “Sebaik anggota polis tiba di tempat kejadian, didapati mangsa berada dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dan pintu keretanya berkunci.

    “Polis menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Senam bagi membuka pintu kereta yang berkunci dan mengeluarkan mayat lelaki berkenaan.

    “Pemeriksaan lanjut oleh pegawai kesihatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan gagal menemui sebarang unsur jenayah pada badan mangsa,” katanya.

    Beliau berkata, siasatan awal dengan saksi di tempat kejadian yang mengenali mangsa mendapati mangsa baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

    Katanya, laporan bedah siasat terhadap mangsa mengesahkan kematian mangsa disebabkan sakit jantung. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad