• Semasa

    Peraih didenda RM1,800 gara-gara kahwin budak 11 tahun





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Peraih didenda RM1,800 gara-gara kahwin budak 11 tahun. GUA MUSANG: Peraih getah yang berkahwin dengan budak 11 tahun dikenakan hukuman denda berjumlah RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang atas dua tuduhan iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.


    Peraih didenda RM1,800 gara-gara kahwin budak 11 tahun


    Hakim Mohd Surbaineey Hussain mengenakan hukuman terhadap Che Mohd Karim Che Hamid sebanyak RM900 bagi setiap pertuduhan selepas beliau mengaku bersalah terhadap kedua-dua kesalahan itu.

    Peraih getah berusia 41 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan.

    Terdahulu, Che Mohd Karim yang memakai kopiah hitam, kelihatan gelisah apabila kedua-dua tuduhan itu dibaca terhadapnya di hadapan Mohd Surbaineey.

    Bagi tuduhan pertama, beliau didakwa berkahwin tanpa kebenaran mengikut Seksyen 19 Enakmen berkenaan dan dihukum denda berjumlah RM900.

    Bagi tuduhan kedua pula, Che Mohd Karim didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran mengikut Seksyen 124 enakmen yang sama dan dikenakan hukuman denda berjumlah RM900. - BHonline

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad