Lenyek guna motosikal dan belasah beramai-ramai. Kuala Lumpur: Kumpulan kongsi gelap Geng 08 muncul kembali apabila bertindak kejam melanggar mangsa menggunakan motosikal sebelum menetak serta memukul mangsa beramai-ramai.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin, mangsa lelaki turut dibogelkan sebelum dirompak kumpulan penjenayah di Country Homes, Rawang di sini.
Kejadian serangan itu menyebabkan seorang lelaki parah manakala seorang lagi cedera ringan selepas dibelasah kumpulan terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa pada jam 4.40 petang kelmarin.
“Insiden membabitkan beberapa lelaki yang memukul dan melanggar mangsa menggunakan motosikal sebelum menyamun kedua-dua mangsa selain melarikan dompet mangsa.
“Mangsa pertama mendapat luka di kepala dan badan, manakala mangsa kedua mengalami calar di beberapa bahagian badan,” katanya.
Susulan kejadian itu, pihaknya menahan tiga lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun di Kundang di sini, kelmarin, selain menahan dua lagi lelaki pagi semalam.
Katanya, dua suspek yang ditahan dikenal pasti sebagai ahli kongsi gelap Geng 08 berumur lingkungan 20 tahun dan 30 tahun.
“Hasil semakan rekod, dua lelaki itu yang juga ahli kongsi gelap Geng 08 mempunyai pelbagai rekod lampau membabitkan kegiatan jenayah dan dadah.
“Siasatan awal turut mendapati berlaku pergaduhan sesama ahli Geng 08 bermotifkan perebutan kawasan penjualan dadah.
“Sebelum ini, ketua mereka yang menggunakan gelaran Datuk Seri dan beberapa pemimpin tertinggi geng itu ditahan untuk tindakan jenayah terancang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) menerusi Operasi Spider oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebelum ini,” katanya.
“Kami percaya kumpulan itu dalam keadaan kucar kacir kerana tiada pemimpin dan berlaku perebutan kuasa,” katanya.
Katanya, saki-baki suspek giat diburu dan tindakan sewajarnya akan diambil.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya. - myMetro
Lenyek guna motosikal dan belasah beramai-ramai

No comments