Kantoi projek kerana kereta bergoyang. BANYUWANGI - INDONESIA . Gara-gara kereta bergoyang, sepasang kekasih diserbu penduduk di ruang parkir restoran Dulur Isun, perkampungan Tukangkayu, Banyuwangi, kelmarin.
Perbuatan mereka kantoi selepas seorang pengunjung yang sedang makan di Dulur Isun terlihat Toyota Fortuner berwarna hitam itu bergoyang secara tiba-tiba.
Difahamkan, pasangan terbabit sempat memesan makanan bersama seorang teman mereka sebelum berdua-duaan dalam kenderaan jenis SUV tersebut.
Beberapa saksi lain yang melihat kejadian itu bertindak menghampiri kenderaan terbabit dan mengintip melalui cermin.
"Mereka sedang buat 'projek'. Pakaian bahagian bawah sudah terbuka. Pasangan itu kemudiannya diminta keluar dan kami meminta mereka menunjukkan kad pengenalan masing-masing.
"Wanita tersebut memberi alasan tidak bawa kad pengenalan manakala lelaki itu dikenali sebagai MAH," kata seorang pengunjung yang dikenali sebagai Sony.
Mereka ditahan pihak berkuasa yang mana ibu bapa pasangan itu juga diminta hadir ke balai polis untuk memberi keterangan. - DetikNews
Kantoi projek kerana kereta bergoyang

No comments