• Semasa

    Identiti mayat wanita dikerat dikenal pasti





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Identiti mayat wanita dikerat dikenal pasti. POLIS mengenal pasti identiti wanita yang mayatnya ditemui di dalam dua beg di Jalan Ipoh, 5 Julai lalu.


    Identiti mayat wanita dikerat dikenal pasti


    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya juga sudah mengambil beberapa barang di tempat kejadian dipercayai ada kaitan berhubung kes berkenaan.

    “Setakat ini polis sedang menjalankan siasatan dan pengesahan berhubung butiran diri mangsa.

    “Polis Kuala Lumpur menggesa orang awam untuk menyalurkan maklumat berhubung kes ini kepada Asisten Superintendan Faizal Abdullah di talian 012-4834439," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Pada 5 Julai lalu, mayat seorang wanita yang dikerat beberapa bahagian ditemui dalam dua beg pakaian.

    Mangsa ditemui memakai rantai leher berwarna hitam dan mempunyai loket tertera kalimah Allah ditemui dalam dua beg berbeza dengan jarak 20 meter dan dibalut dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama dibalut dengan plastik hitam kemudian cadar dan plastik berwarna hitam.

    Dia dipercayai sudah mati melebihi 24 jam hingga 60 jam dari waktu bedah siasat dilakukan.

    Siasatan awal mendapati kejadian dilaporkan oleh wanita gelandangan yang berada di lokasi beg pakaian ditemui dan sehingga kini seramai tujuh saksi awam sudah diambil keterangan. - myMetro

    1 comment:

    1. Bodoh pnya my syiok tv.. Tajuk lain berita lain. . Bangang

      ReplyDelete

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad