Tindakan Mahathir bukan kerana dendam kepada Najib
Tindakan Mahathir bukan kerana dendam kepada Najib. PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak berdendam apabila membongkar semua tindakan kerajaan BN sebelum ini dan melakukan beberapa perubahan di bawah pentadbirannya, antaranya memansuhkan jabatan tertentu.
Dr Mahathir berkata, semua kesalahan tersebut perlu didedahkan supaya tidak dipersoalkan kelak.
“Ini bukan dendam. Saya awal-awal sudah kata kita tidak akan balas dendam. Sebaliknya kita perlu tentukan tetapi kalau kita tidak dedahkan kesalahan, orang akan tertanya-tanya kenapa ambil tindakan begini kerana tidak nampak kesalahan.
“Jadi kita kena dedah kesalahan. Umpamanya hutang yang lebih daripada RM1 trilion. Ada 12 sifar. Ini satu angka yang cukup besar. Kita tidak pernah bercakap soal trilion ringgit dahulu. Orang tak terfikir pun. Dulu kita cakap pasal juta, sekarang kena cakap pasal bilion,” katanya dalam temubual eksklusif dengan Sinar Harian, Khamis lalu.
Menurutnya, beliau bukan sengaja mahu mengaibkan orang, tetapi semua yang dilakukan adalah untuk melaksanakan perubahan selepas mengambil alih negara daripada tampuk pemerintahan BN.
“Semua ini memerlukan ‘mind set’ lain. Untuk ubah, kalau tiada sebab, dia akan duduk balik kepada yang lama.
“Kita kena tunjuk sebab dia. Bukan sengaja mahu aibkan orang tetapi kalau kita tidak bertindak, contoh orang kata dulu kamu kata dia tidak baik, kenapa sekarang kamu tidak buat apa-apa?,” katanya. - Sinar Harian

No comments