• Semasa

    Tiga maut nahas dua lori, sebuah bas





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Tiga maut nahas dua lori, sebuah bas. MUAR - [ DIKEMASKINI ] Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 25 penumpang dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan sebuah treler dan lori tangki di Kilometer 142.5, Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan susur keluar tol Pagoh, di sini sebentar tadi.


    Tiga maut nahas dua lori, sebuah bas

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Marzuki Ismail berkata, dalam kejadian jam 1 petang itu, tiga mangsa yang maut itu dipercayai pemandu serta dua penumpang bas ekspres berkenaan.

    Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.

    "Kita terima panggilan pada jam 1.08 petang sebelum lima jentera dengan kekuatan 23 anggota dari balai bomba Muar dan Bukit Gambir dikerjarkan ke lokasi kejadian.

    "Operasi menyelamat tamat jam 2.10 petang tadi dan kita masih menyiasat punca kemalangan serta jumlah kerugian,” katanya dalam kenyataan. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad