• Semasa

    Suami dah ada 2 bini & kahwin budak 11 tahun jika tak sah boleh jadi kes rogol bawah umur! - Kata peguam





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Suami dah ada 2 bini & kahwin budak 11 tahun jika tak sah boleh jadi kes rogol bawah umur! - Kata peguam | Terkejut badak saya. Isu anak umur 11 tahun hendak dikahwinkah dengan 41 tahun.
    Dari sudut undang-undang, adakah dibenarkan ibu bapa berbuat demikian. Adakah terdapat undang-undang untuk menghukum ibu bapa sekiranya membenarkan anak darjah 5 mereka berkahwin
    video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah yang diambil daripada wall peguam tersebut
    Darjah 5?? Darjah 5? Allah.

    Suami dah ada 2 bini & kahwin budak 11 tahun jika tak sah boleh jadi kes rogol bawah umur! - Kata peguam


    Bayangkan anak-anak kita yang darjah 5. Bayangkan. Sejarah Malaysia tidak lepas. Apa entah lagi mendukung tanggungjawab sebegini dan kalau disentuh dari segi seksual pula. Haihhh..

    Kalau kita petik tulisan Syed Azmi ada menyentuh Enakmen Keluarga Islam untuk semua Negeri, usia minimum lelaki untuk berkahwin adalah 18 tahun manakala perempuan 16 tahun. TETAPI merujuk kepada Enakmen negeri Kedah, kalau hendak kahwinkan anak perempuan bawah umur 16 tahun, boleh juga tetapi dengan kebenaran ibu bapa.

    Jadi apa beza Akta dengan Enakmen? Kenapa Kedah lain? Kenapa tak pakai Akta? Kenapa pakai Enakmen?

    Begini, Akta adalah undang-undang yang seragam. Digunakanpakai di Malaysia. Secara asasnya, semua wajib pakai tidak kiralah apa bangsa dan agama sekalipun! Tetapi ada juga Akta yang tidak dipakai bagi orang Islam contohnya undang-undang perkahwinan dan keluarga seperti Law Reform Act. Ada juga sebahagian Akta tidak terpakai di Sabah Sarawak. Analoginya, contohnya kita ada 1000 Akta, hanya 50 Akta tidak terpakai kepada orang Islam atau Sabah Sarawak. Contohnya lah!
    Untuk menjadikan sesuatu Akta itu undang-undang ianya digubal, dipinda, dibahas diperingkat Dewan Rakyat.

    Apa pula Enakmen ini? Selalu kita dengarkan? Enakmen adalah undang-undang Negeri. HANYA UNTUK NEGERI ITU SAHAJA. Jadi mungkin berbeza-beza. Sebab itu ada sesetengah undang-undang perlaksanaan disesetengah Negeri lebih longgar.

    Contohnya dalam Enakmen di Negeri A, si suami boleh untuk berpoligami sekiranya suami dia berkemampuan ATAU isterinya sakit/cacat sehingga tidak boleh menjalankan tanggungjawab ATAU…..

    Jadi si suami hanya perlu penuhi salah satu syarat sahaja sebab ada pilihan atau.
    Berbeza dengan Negeri yang lain, syaratnya lebih ketat dan si suami tidak diberi pilihan ATAU tetapi syaratnya adalah DAN. Contohnya si suami perlu berkemampuan DAN isterinya tidak mampu memenuhi tanggungjawab sebagai isteri. Jadi kalau si suami hendak berpoligami, si suami perlu patuhi semua syarat-syarat yang ada. Begitulah contohnya perlaksanaan undang-undang Enakmen.
    Enakmen diwujudkan selaras dengan Fasal (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa negeri boleh mengadakan undang-undangnya sendiri untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa kepercayaan agama selain dari Islam terhadap orang Islam- Pakar Perundangan Islam Prof Madya Dr Zaini.

    Tetapi Enakmen ini tidak selaras mengikut Negeri. Jika Enakmen negeri-negeri memberi kelonggaran pada anak bawah umur untuk berkahwin. Maka, tidak ada halangan. TETAPI perlu juga diingatkan bahawa kita mempunyai akta yang melindungi kanak-kanak. Jadikah akta ini melindungi? Secara asasnya akta ini tidak menyentuh berkaitan pengabaian ibu bapa yang menyerahkan anak-anak mereka berkahwin awal.

    Di Malaysia, melakukan sex dengan perempuan berusia bawah 16 tahun adalah jenayah walaupun ada kebenaran! Tetapi tidak ada undang-undang terhadap marital sex. Semuanya terletak kepada Enakmen undang-undang bagi orang Islam. Enakmen Keluarga Islam memperuntukkan kanak-kanak bawah umur boleh berkahwin sekiranya mendapat kebenaran dari Hakim Mahkamah Syariah. Tetapi tidak juga dinyatakan apa syarat-syarat atau panduan untuk Hakim membenarkannya.
    Kebiasaanya memang hakim tidak membenarkan perkahwinan bawah 16 tahun. Akan ada dakwaan boleh dikenakan sekiranya jika pihak-pihak gagal memenuhi kehendak enakmen dan menyalahi hak dan kepentingan pihak-pihak sebagai contoh dakwaan sekiranya si suami dan keluarga memalsukan proses kebenaran nikah. Maka, sekiranya perkahwinan itu tidak sah akibat pemalsuan dan dibatalkan. Suami dan keluarga boleh dibawah dibawah pelbagai seksyen seperti rogol bawah umur (keluarga akan didakwa kerana membantu), akta jenayah seksual terhadap kanak-kanak, pemalsuan dokumen dan pelbagai lagi.

    Dari segi moral, memang satu penganiayaan kepada kanak-kanak ini tetapi malangnya undang-undang bagi isu perkahwinan anak bawah umur tidak tegas di Malaysia.

    sumber : peguam Nor Zabetha

    Biar Betul Kahwin Budak Umur 11 Tahun? Isteri Pertama Ini Cerita ‘Kisahnya’
    Poligami menjadi isu yang tidak berkesudahan untuk dibincangkan. Masalah kemampuan si suami untuk memenuhi nafkah zahir dan batin isteri-isterinya menjadi persoalan utama bagi mereka yang kurang bersetuju, namun apa yang pasti Islam membenarkan poligami.

    Seorang wanita meluahkan kisah suaminya yang berkahwin untuk kali ketiga dan isteri baru suaminya itu buat ramai terkedu.

    Muatnaik foto madu, suami
    Wanita berkenaan memuatnaik status dan gambar berhubung hal itu di Facebooknya semalam. Antaranya ucapan selamat pengantin baru untuk suami dan madunya yang baru berusia 11 tahun!
    Turut disertakan adalah foto suami dan madunya yang bersalaman disamping seorang wanita pertengahan usia dipercayai ibu kepada madunya itu.

    ‘Sanggup kahwin budak 11 tahun…’
    Isteri malang ini juga menceritakan insiden dia pernah kerosakan kereta di tengah jalan sebanyak 4 kali, apabila menghubungi suami hanya dibalas dengan kata-kata kesat sahaja. Apa yang lebih parah dia ketika itu membawa bersama 4 orang anak mereka.

    Luahan sayu isteri
    Turut diluahkan adalah derita yang ditanggung mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab. Wanita ini berkata dia sudah penat bekerja untuk membesarkan anak-anak mereka. Apabila wang belanja diminta, hanya sumpah seranah diberikan. Malahan mereka tidak pernah beraya atau bercuti bersama, tambah individu itu lagi.

    Suami tak dengar nasihat
    Tambah wanita ini lagi, dia dan isteri pertama suaminya bersama anak tiri sudah berbincang mengenai hal ini namun nasihat diberikan kepada suami mereka tidak berhasil. Lelaki itu tetap merasakan dia betul.

    Netizen yang tidak berada di tempat mereka sudah tentunya tidak memahami situasi mereka, ujar wanita ini lagi.

    Mesej anak tiri dengan ibu tiri 11 tahun
    Wanita ini juga menyatakan pendiriannya tidak menyalahkan madu barunya itu namun menyalahkan suaminya. Mesej aplikasi Whatsapp dari madu 11 tahun kepada anak tirinya turut dimuatnaik.Antara lain madu itu mendakwa dia tidak tergila-gilakan suaminya itu namun lelaki itu yang meminatinya.

    Netizen meradang
    Humban lelaki dengan mak bapak ke penjara
    Budak 11 tahun patut jadi budak
    Dr Amalina Bakri berpendapat anak sekecil 11 tahun tidak patut dikahwini kerana di bawah umur. Anak itu sepatunya menikmati zaman kanak-kanak dan tidak dikahwinkan atas nama agama.
    Ada juga netizen yang mahu perkara ini disiasat pihak berkuasa kerana mungkin membabitkan pesalah seksual pedofilia.

    Sumber: Facebook, Twitter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad