Perancis sedia gempur Argentina. KAZAN, Russia: Selepas memperagakan aksi paling membosankan pada Piala Dunia kali ini, Perancis akan mengharungi cabaran pada pusingan 16 terbaik apabila bertemu bekas juara Argentina, Sabtu ini dengan mereka perlu tampil lebih baik untuk mengekang Lionel Messi.
Sebahagian penyokong mengutuk dan ada juga yang tertidur ketika Les Bleus seri 0-0 dengan Denmark untuk menamatkan saingan selaku juara Kumpulan C.
Manakala Argentina memperagakan aksi bersemangat buat penyokongnya dengan Messi meledak gol menakjubkan untuk membantu pasukannya lolos ke pusingan kedua dengan menewaskan Nigeria.
Anak buah Jorge Sampaoli mungkin tidak berada pada prestasi terbaik namun mereka menunjukkan aksi lebih baik dalam satu perlawanan berbanding tiga perlawanan buat Perancis yang sekadar meledak dua gol menerusi permainan terbuka.
Namun Perancis menegaskan mereka sudah bersedia sepenuhnya untuk aksi penting itu dengan penyerang harapannya, Antoine Griezmann dijangka kembali menyinar.
Pada 2006, Perancis berhempas-pulas layak ke pusingan kalah mati yang menyaksikan mereka menundukkan Sepanyol, Brazil dan Portugal sebelum mara ke final.
Corak sama diperagakan Argentina pada 1978 yang menyaksikan mereka memenangi Piala Dunia meskipun tewas di tangan Itali pada peringkat kumpulan.
Mungkin keputusan perlawanan bergantung kepada pasukan yang memberikan aksi terbaik dan Griezmann yakin dia mampu untuk menyerlah.
"Saya bergelut pada peringkat kumpulan Euro 2016 namun saya bangkit ketika saingan peringkat kalah mati," katanya. - Reuters
Perancis sedia gempur Argentina

No comments