Nuar Ayam dihukum gantung sampai mati. KOTA BHARU: Nuar Ayam yang terbabit dengan pelbagai jenayah di negeri ini, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, kerana membunuh pemilik kedai peralatan binaan di Bachok, tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu terhadap Anuar Muhamad, 40, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melepaskan tembakan dengan niat untuk menyebabkan kematian, Mustaffa Sidik, 52, di sebuah kedai peralatan binaan di Beris Lalang, Bachok, jam 5.50 petang, 5 Februari 2015.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shaharaliza Ab Razak dan tertuduh diwakili peguam bela, Nordiana Mohd.
Ahmad dalam penghakimannya berkata, pembelaan tertuduh bersifat penafian semata-mata dan mendapati tertuduh bersama dua lelaki berada di lokasi kejadian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Mahkamah mendapati tertuduh berada di tempat kejadian dan melepaskan tembakan hingga menyebabkan kematian.
"Mahkamah berpuas hati dengan pengenalan identiti. Mahkamah sabitkan tertuduh dengan kesalahan dan jatuhkan hukuman gantung sampai mati. Itu keputusan mahkamah dan awak masih ada peluang untuk merayu di Mahkamah Rayuan," katanya.
Pada 18 September tahun lalu, dua ahli geng Nuar Ayam iaitu Wan Alif Wan Mohamad, 28, dan Wan Amri Firdaus Wan Ghazali, 30, dipenjara sembilan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi, selepas mengaku bersalah melakukan rompakan berkumpulan dengan parang di kedai peralatan binaan yang sama.
Nuar Ayam menjadi penjenayah yang paling dikehendaki polis Kelantan kerana pembabitan dalam 23 kesalahan jenayah samun, pemerasan dan rogol. - BHonline
Nuar Ayam dihukum gantung sampai mati

No comments