'Menangis, menjerit minta tolong' - Saksi. “Ada yang menangis, menjerit meminta tolong kerana teperangkap dalam kenderaan namun saya tidak dapat berbuat apa-apa sebelum menghubungi pasukan penyelamat,” kata saksi terawal kemalangan maut di Kilometer 149 Jalan Kuantan-Temerloh, Batu 7 berhampiran Temerloh, hari ini.
Saksi yang dikenali sebagai Lim berkata, sebelum kejadian dia yang dalam perjalanan menghala ke Karak dari Mentakab memberhentikan keretanya secara mengejut selepas kenderaan membrek secara tiba-tiba.
Katanya, dia kemudian keluar dari kenderaan dan terkejut apabila melihat PROTON Exora dan Toyota Hilux serta treler terbabit dalam kemalangan.
“Saya menghampiri PROTON Exora itu dan melihat mangsa di dalamnya... saya tergamam apabila melihat ada di antaranya mengetuk cermin sambil menjerit meminta tolong namun saya tidak mampu melakukan apa-apa.
“Saya menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh untuk meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi, di Temerloh, hari ini.
Katanya, dia juga bimbang selepas mendapati minyak daripada kenderaan yang kemalangan bocor namun ia dikawal pasukan bomba yang tiba tidak lama selapas itu.
Dalam kejadian 9.30 pagi itu, dua beradik yang menaiki PROTON Exora, Khasrul Haizal Mohd Yusof, 20, dan adiknya, Khasrul Ikhwan, 18, serta pemandu Toyota Hilux, Chua Jyh Shyong, 37, maut.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila treler membawa muatan kertas dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
Treler berkenaan merempuh PROTON Exora dan Toyota Hilux hingga menyebabkan Khasrul Haizal, Khasrul Ikhwan serta Jyh Shyong maut di akibat tersepit di tempat duduk masing-masing. - myMetro
'Menangis, menjerit minta tolong' - Saksi

No comments