• Semasa

    Malaysia akan miliki kereta nasional baharu - Kata PM





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Malaysia akan miliki kereta nasional baharu - Kata PM. MALAYSIA akan memulakan projek kereta nasional baharu menerusi kerjasama dengan negara serantau lain, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.


    Malaysia akan miliki kereta nasional baharu - Kata PM


    Perdana Menteri berkata, PROTON kini bukan lagi kereta nasional kerana sebahagian besar saham syarikat terbabit kini dimiliki syarikat China, Geely.

    "Aspirasi kita sekarang ialah untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, mungkin dengan kerjasama negara serantau," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sesi dialog Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia sempena Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-24 di Tokyo, hari ini.

    Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai potensi pembangunan industri baharu Malaysia dan bagaimana pelabur asing dapat melengkapkan senario itu.

    Dr Mahathir berkata, Thailand dan Jepun adalah antara negara serantau yang memiliki kepakaran dalam pembuatan kenderaan.

    "Kita mungkin terpaksa mengharapkan rakan asing pada permulaan tetapi lambat laun kita berharap pekerja tempatan sendiri dapat menguasai teknologi yang diguna pakai," katanya. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad