• Semasa

    'Barang hantaran kahwin pun dikebas'





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    'Barang hantaran kahwin pun dikebas'. PASANGAN pengantin baru yang pulang bercuti terkejut apabila mendapati rumah mereka di sebuah kondominium di Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur, dalam keadaan berselerak selepas dimasuki penjenayah, kelmarin.


    'Barang hantaran kahwin pun dikebas'


    Malah, penjenayah itu turut melarikan barang kemas yang juga hantaran perkahwinan pasangan berkenaan serta cincin kahwin selain beberapa barangan berharga lain di dalam rumah terbabit.

    Kejadian itu disedari mangsa, Nurul Izzati Abdul Aziz, 28, selepas mereka mahu memasuki rumah itu yang terletak di tingkat 24 sebuah blok bangunan kondominium terbabit pada jam 4.30 pagi, kelmarin.

    Nurul Izzati berkata, ketika tiba di rumahnya, dia dan suami menyedari tingkap serta pagar besi di bahagian dapur terbuka sebelum bergegas membuka pintu depan untuk melakukan pemeriksaan.

    "Saya terkejut apabila mendapati rumah itu dalam keadaan berselerak. Saya terus memeriksa barangan berharga yang disimpan di dalam rumah berkenaan dan mendapati ia sudah dilarikan oleh penjenayah berkenaan.

    "Antara barang yang hilang adalah barang kemas yang dijadikan hantaran perkahwinan, cincin kahwin, wang tunai sebanyak RM500, komputer riba dan telefon bimbit dengan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan RM10,000," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Dia yang juga pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur berkata, dia dan suami meninggalkan rumah itu selama dua minggu untuk bercuti, 24 Mei lalu pada jam 3.30 petang sebelum tiba di rumah pada jam 4.30 pagi.

    "Walaupun rumah saya tidak pernah dipecah masuk sebelum ini, namun banyak kediaman lain turut berdepan kejadian sama dengan kejadian terbaru menimpa jiran bulan lalu membabitkan kerugian kira-kira RM60,000.

    "Malah, saya dimaklumkan pihak polis bahawa boleh dikatakan hampir setiap bulan kejadian pecah rumah dilaporkan membabitkan kondominium itu. Saya harap pihak pengurusan dan keselamatan kondominium itu mengambil tindakan untuk membendung kejadian sama berulang," katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul untuk tindakan lanjut.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad