Tidak puasa dan solat, Faiz dijemput hadir ke pejabat mufti
Tidak puasa dan solat, Faiz dijemput hadir ke pejabat mufti. KUALA LUMPUR - Selepas pengakuan tidak berpuasa dan solat secara terbuka, insta famous, Muhammad Faiz Roslan dijemput hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Mufti, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al- Bakri dalam hantaran di laman Facebook miliknya berkata, adalah menjadi kebiasaan manusia melakukan kekhilafan dalam menyampaikan pandangan dan tindakan.
“Kepada Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman baik, semangat serta keberanian yang tinggi kerana sanggup hadir ke program televisyen tempoh hari,” katanya.
Menurutnya, setiap masalah akan ada titik penyelesaian.
“Sebaiknya, kembali kepada kefahaman sebenar al-Qur’an dan al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam,” katanya.
Justeru, dengan penuh rendah diri, Zulkifli menjemput Muhammaad Faiz dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya.
Saudara Faiz boleh berhubung melalui Setiausaha Mufti di talian 03-88709104 ATAU Ustaz Muhammad di talian 017-2559506. Saya menanti balasan daripada saudara dan semoga ada penyelesaiannya bagi isu-isu yang berbangkit.
Kelmarin, Muhammad Faiz yang terkenal pelbagai parodi dan memakai pakaian wanita membuat pengakuan itu di secara langsung di Instagram miliknya. Dia turut memaparkan rakannya sedang menikmati kentang goreng.
Akibat daripada itu, masyarakat termasuk selebriti menghentam tindakannya itu. - Sinar Harian

No comments