• Semasa

    Dakwa akan 'dibunuh di penjara' jika pulang ke Malaysia





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Dakwa akan 'dibunuh di penjara' jika pulang ke Malaysia. PETALING JAYA - Akhbar harian British, The Guardian melaporkan, bekas pegawai polis Sirul Azhar Umar mendakwa dia mungkin akan dibunuh di penjara jika pulang ke Malaysia.


    Dakwa akan 'dibunuh di penjara' jika pulang ke Malaysia


    Menurutnya, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh mahu beliau menjalani hukuman penjara seumur hidup.

    “Saya tidak mahu pulang, orang ramai mengatakan 'Jangan beri pengampunan', saya akan dibunuh di penjara," katanya.

    Sirul merujuk kepada Ramkarpal Singh yang sebelum ini mengatakan, jika dia menjalani hukuman penjara seumur hidup ia dianggap sebagai penghinaan terhadap model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

    The Guardian juga melaporkan, Sirul berkata, dia tidak pernah mengaku membunuh Altantuya dan dia bukan orang terakhir melihatnya.

    Dia mendakwa lagi, Azilah Hadrim yang menjadi teman lelakinya ketika itu, telah membuat alibi dan memberitahu mahkamah bahawa Sirul adalah orang terakhir yang dapat dilihat dengannya.

    "Saya bukan orang yang jahat, tetapi kes itu membuatkan saya buruk," katanya.

    Pada 2009, Sirul dan Azilah didapati bersalah kerana membunuh Altantuya dan dihukum mati.

    Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman mereka pada 2013 tetapi ketika rayuan pendakwaan dibuat, hukuman mati telah dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan.

    Sirul kemudian melarikan diri ke Australia dan dia ditahan oleh Imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah kepadanya.

    Dia berada di pusat tahanan sejak 2015 dan berharap dapat diberikan suaka. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad